Muzik K-pop sememangnya diakui menjadi fenomena di seluruh dunia yang menghimpunkan para peminatnya daripada pelbagai latar belakang. Malahan, majoriti kumpulan ternama di dalam industri itu turut mempunyai gelaran tersendiri buat peminatnya supaya rasa lebih dekat dengan mereka.
Dengan kehadiran platform media sosial seperti Twitter, sudah pasti membolehkan para peminat berkongsi sebarang informasi semasa kumpulan kegemaran mereka serta berbual bersama dengan pengguna lain mengenainya dengan menggunakan sejumlah hashtag khusus.
Pada kali ini, pihak Twitter telah mengeluarkan sebuah analisis yang mana menyaksikan sebanyak 7.8 bilion tweet telah dimuat naik berkaitan K-pop telahpun dikongsikan oleh pengguna secara global sepanjang tahun 2021. Hal ini sekaligus menunjukkan peningkatan sekitar 16% jumlah ciapan di seluruh dunia berbanding daripada tahun sebelumnya.
Menerusinya, Malaysia sekali lagi telah tersenarai di tangga ketujuh daripada 20 negara lain yang terpilih. BTS merupakan sebuah kumpulan K-pop yang sangat terkenal di dunia yang mana ia juga menjadi tajuk bualan utama oleh para pengguna di negara ini. Malahan, kumpulan BTS juga difahamkan mempunyai jumlah komuniti paling ramai di Malaysia.
Senarai yang dikongsikan juga menyaksikan negara Indonesia masih kekal menjadi negara paling aktif dan banyak tweet berkaitan K-pop untuk dua tahun berturut-turut. Antara negara lain yang berada di lima tangga teratas adalah Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Amerika Syarikat.
Selain itu, pihak Twitter juga mengongsikan tentang kumpulan K-pop baharu yang kini menjadi perhatian pengguna di platform tersebut. Antara kumpulan K-pop yang dimaksudkan termasuklah ENPHYN, TXT, TREASURE, easpa dan ITZY. Perkara ini juga terbukti selepas sejumlah video muzik mereka sering menjadi trending di Youtube.
Peningkatan jumlah ciapan ini juga bukan hanya memberi kesan positif kepada platform Twitter sahaja, bahkan kumpulan-kumpulan K-pop ini turut boleh menaikkan lagi nama serta rating mereka secara tidak langsung.
Selain itu, anda juga boleh merungkai fakta menarik tentang tabiat netizen Malaysia yang melayari media sosial sepanjang tahun 2021.
5 Fakta Menarik Tentang Tabiat Netizen Malaysia Melayari Media Sosial Pada Tahun 2021
Mudah Ditipu Menerusi Emel, Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Sasaran Pilihan Scammer