Kehadiran telefon pintar sememangnya memudahkan pelbagai urusan seharian serta akses hiburan tanpa batasan di dalam talian. Dalam masa yang sama,penggunaan yang berterusan boleh mendorong kepada masalah serius ketagihan telefon pintar dan ia menjadi satu masalah global pula.
Sebuah kajian telah dibuat oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti McGill Kanada telah menjalankan kajian mengenai penggunaan telefon pintar antara tahun 2014 sehingga 2020 yang melibatkan 34,000 peserta dari 24 buah negara di seluruh dunia.
Berdasarkan kajian tersebut, Malaysia didapati berada di tempat ketiga untuk penggunaan telefon pintar paling tinggi di dunia. Dalam erti kata lain, majoriti rakyat Malaysia mempunyai masalah ketagihan atau kebergantungan terhadap telefon pintar yang melampau.
Sementara negara China pula menduduki tangga teratas dalam carta yang mana secara logiknya negara tersebut mempunyai jumlah populasi yang ramai serta akses internet yang baik. Diikuti dengan negara Arab Saudi, Brazil Dan Korea Selatan di tangga lima teratas di dalam ketagihan telefon pintar dunia.
Kajian ini telah dikongsikan menerusi journal Computers in Human Behaviour dan mensasarkan secara khusus kepada pengguna muda yang berusia 15 tahun hingga 35 tahun dengan purata berumur 28 tahun dan majoritinya adalah wanita sebanyak 60%.
Lanjutan daripada itu, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa kepelbagaian norma sosial dan juga jangkaan budaya menjadi sebab perbezaan bagaimana pengguna dari pelbagai negara menggunakan telefon pintar.
Mereka menambah lagi negara yang menduduki tempat berakhir carta iaitu Jerman dan Perancis lebih bersifat individu dan tiada jangkaan budaya yang tinggi. Masalah ketagihan telefon pintar ini memang sudah lama dibincangkan kerana boleh mendorong pelbagai masalah kesihatan mental dan fizikal.
Sementara itu, negara Malaysia dikatakan mempunyai kelajuan purata internet mudah alih lebih pantas dari tahun beberapa tahun sebelumnya.
Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Dilaporkan Lebih Pantas Berbanding Indonesia
5 Fakta Menarik Tentang Tabiat Netizen Malaysia Melayari Media Sosial Pada Tahun 2021