Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut mengenai kriptowang, pasti ramai yang akan ingat kepada Bitcoin. Malah, tidak mengejutkan mengetahui Bitcoin merupakan kriptowang paling popular dengan jumlah market cap tertinggi ketika ini.

Terbaharu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah menfatwakan penggunaan kriptowang sebagai matawang adalah haram. Menurut MUI, kriptowang diharamkan berikutan mengandungi isu gharar atau ketidakpastian, memberi mudarat serta bertentangan dengan peraturan Bank Indonesia.

Sumber: pexels

Selain itu, MUI turut memaklumkan kriptowang tidak memenuhi syarat wujud, memiliki nilai, mengetahui jumlah secara pasti, mempunyai hak milik dan boleh diserahkan kepada pembeli. Dalam pada itu, MUI mengambil maklum bahawa kriptowang yang mempunyai syarat dan manfaat yang jelas sah untuk dijual-beli.

Sementara itu di Malaysia pula, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Walaubagaimanapun masih tidak menolak kriptowang sebagai aset digital yang diharuskan untuk melabur ke dalamnya.

Sumber: anak sungai derhaka

Malah pada tahun lalu, Majlis Agama Islam Perlis turut menetapkan sebarang aset digital berupa Bitcoin dan sebagainya dikenakan zakat sekiranya ia cukup haul iaitu jangka masa simpanan dan nisab iaitu kadar yang diwajibkan.

Tular pada minggu ini apabila Namawee selaku YouTuber popular berjaya menjual karya NFT beliau dengan harga mencecah RM4.94 juta.

Hanya Dalam Sehari, Karya NFT Namawee Berjaya Terjual Dengan Harga Mencecah RM4.94 Juta

Pelaburan ‘Hangus’, Nilai Kriptowang SQUID Ini Junam 99% Hanya Dalam Tempoh 5 Minit

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group