Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Salah satu ciri keselamatan yang ditawarkan menerusi siri iPhone 14 adalah Crash Detection yang mana akan menghantar mesej kecemasan secara automatik jika mengesan penggunannya terlibat dalam kemalangan. Ciri ini mungkin dianggap sebagai gimik sahaja bagi sesetengah individu.

Artikel Berkaitan:

Oleh kerana mahu menguji tahap keberkesanan ciri ini, seorang pengguna ini dengan sengaja melakukan eksperimen yang melibatkan pelanggaran. YouTuber TechRax telah mengubah suai kereta untuk membolehkan ia dikawal dari jarak jauh.

Atas faktor keselamatan, hanya iPhone 14 Pro sahaja diletakkan pada tempat tempat duduk penumpang hadapan sewaktu eksperimen dijalankan. Keputusan eksperimen ini mendapati ciri ini benar-benar berfungsi seperti yang didakwa oleh pihak Apple.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Pada percubaan pertama, ciri ini telah berfungsi seperti biasa cuma terdapat kelewatan pengaktifan. Sementara percubaan kedua pula ciri ini berjaya diaktifkan serta-merta selepas pelanggaran berlaku.

Sumber Gambar: YouTube

Panggilan ke nombor kecemasan yang didaftarkan dalam tempoh selepas 10 saat yang diperkenalkan pada iPhone 14 berkenaan bagaimanapun telah dimatikan bagi tujuan eksperimen ini.

Kesimpulannya, TechRax berjaya membuktikan ciri Crash Detection boleh berfungsi seperti yang sepatutnya pada iPhone 14 Pro. Ciri sedemikian sudah pun ditawarkan pada barisan Apple Watch sebelum ini dan kemudian barulah disertakan pada siri iPhone 14 kali ini.