Apple muncul sebagai jenama pengeluar peranti yang tidak menyertakan pengecas di dalam set baharu unit iPhone yang dijual kepada pelanggan. Walaupun menerima kecaman hebat, semakin banyak pula syarikat terkemuka lain yang mengikuti langkah tersebut.

Terbaharu, syarikat Sony juga mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertakan pengecas dan juga kabel sekaligus untuk kedua-dua model flagship yang baru sahaja dilancarkan iaitu Xperia 1 IV.

Sumber Gambar: PetaPixel

Jadi, kedua-dua model terbaharu ini akan hadir di dalam kotak yang lebih nipis berbanding sebelumnya. Pasti ramai yang tidak berpuas hati memandangkan harga model flagship yang ditawarkan oleh Sony sememangnya mahal yang mana melebihi harga kamera DSLR mereka sendiri.

Malah pada Oktober lalu, model Xperia 1 III turut menimpa nasib yang sama di Jerman namun harganya dikurangkan sekitar €10 (~RM46). Pengecualian pengecas daripada unit baharu telefon pintar semestinya menerima kecaman ramai namun masih kekal dipraktikkan oleh pihak pengeluar atas alasan pencemaran alam sekitar.

Tular baru-baru Apple mengumumkan secara rasmi bakal menamatkan pengeluaran iPod Touch dan memberikan fokus pada produk lain.

Apple Umum Secara Rasmi Bakal Tamatkan Pengeluaran iPod Touch

MacBook Air 2022 Dengan Rekaan Baharu Dijangka Hadir Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini