Mahu Tawarkan Lebih Banyak Pilihan, Apple Sedia Bangunkan iMac Dengan Saiz Skrin 27-Inci

Tahun ini menyaksikan Apple iMac hadir dengan rekaan serba baharu dengan seleksi pilihan warna yang dipadankan bersama skrin bersaiz 24-inci. Penggunaan cip Apple M1 telah membuatkan orang ramai berminat untuk mendapatkan model terbaru ini.

Menerusi laporan daripada 9to5Mac, selepas berjaya menawarkan model iMac, Apple sudah mulai merancang untuk menawarkan iMac dengan saiz skrin yang lebih besar.

Sumber: Apple

Dilaporkan saiz skrin 27-inci antara yang bakal dipadankan bersama cip pemprosesan yang turut diberi kemas kini iaitu Apple M1X. Mengulas mengenai cip Apple M1X, difahamkan cip yang sedang dibangunkan Apple ini bakal turut ditawarkan pada Apple MacBook Pro kelak.

Berdasarkan jumlah jaringan produk yang ditawarkan, jelas Apple mahu berpindah ke Apple Silicon sepenuhnya dan tidak lagi menggunakan cip Intel menjelang tahun 2022.

Apple dijangka bakal tawarkan siri iPhone 14 yang dilancarkan pada tahun hadapan dengan harga terendah berserta rekaan serba baharu. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Apple Dijangka Tawarkan Siri iPhone 14 Dengan Harga Terendah Beserta Rekaan Serba Baharu

3 Bulan Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan ‘Dummy’ Siri iPhone 13 Sudah Mulai Diperlihat

Sumber
Exit mobile version