Mahu Tawarkan Kualiti Kamera Lebih Baik, Samsung Dijangka Perkenalkan Sensor 200-Megapixel

Jika sebelum ini Samsung pernah melancarkan sensor 108-megapixel yang ditawarkan pada beberapa telefon pintar keluaran mereka serta beberapa jenama lain, nampaknya jenama ini masih belum berpuas hati dan sedia menawarkan sensor kamera yang lebih besar iaitu 200-megapixel.

Berdasarkan ura-ura, sensor 200-megapixel antara yang bakal diperkenalkan dan ditawarkan pada model telefon pintar keluaran tahun ini.

Sumber: DPRreview

Tidak hanya menawarkan sensor yang besar semata-mata, Samsung juga dijangka bakal menawarkan teknologi yang memfokuskan kepada rakaman serta beberapa inovasi lain dalam membolehkan para pengguna mendapatkan imej yang terbaik pada setiap foto yang diambil.

Setakat ini, berita ini masih lagi dalam ura-ura. Pastinya agak menarik untuk menyaksikan model manakah yang bakal menjadi model pertama dengan sensor besar ini. Sudah pastinya kualiti sensor ini antara yang dinantikan ramai.

Menerusi model Samsung Galaxy S21 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Samsung dikatakan tidak lagi menawarkan pengecas bersama telefon pintar.

https://www.thevocket.com/baru-sahaja-perli-apple-samsung-mungkin-tidak-tawarkan-charger-pada-galaxy-s21/

https://www.thevocket.com/samsung-galaxy-note-20-ultra-raja-telefon-pintar-android-bagi-tahun-2020/

Exit mobile version