Seperti yang ramai sedia maklum, sejak TikTok mulai menjadi platform pilihan ramai dalam memuat naik video pendek, populariti Instagram dilihat semakin menurun. Malah, hal ini turut mendesak Instagram untuk menwujudkan Instagram Reels dalam menawarkan pilihan yang sama buat para pengguna.

Dalam pada itu, kehadiran Instagram Reels masih belum mampu menyekat orang ramai dalam beralih kepada platform berkenaan sebaliknya TikTok teruts menerima jumlah pengguna yang semakin meningkat.

CEO Meta, Mark Zuckerberg. Sumber: CNBC

Terbaharu, CEO Meta, Mark Zuckerberg memaklumkan sedia menawarkan sehingga $1 bilion buat para pengguna dalam usaha untuk menarik perhatian ramai menggunakan Instagram Reels.

Dilaporkan Tech Crunch, pengguna Instagram bakal dihadiahkan sebanyak $35,000 (~RM145,705) dengan jumlah tontonan sekitar 58.31 juta. Selain itu, ganjaran yang lebih rendah bakal turut ditawarkan mengikut jumlah tontonan yang ditetapkan.

Sebagai rekod, setakat September lalu, TikTok sudah berjaya mencapai 1 bilion pengguna aktif sekaligus mendesak Instagram untuk bekerja keras dalam menarik perhatian pengguna. Setakat ini, masih belum diketahui sama ada tawaran ini sedia ditawarkan buat pengguna di Malaysia atau sebaliknya.

Minggu lalu turut menyaksikan Instagram bakal kenakan bayaran langganan kepada pengguna serendah RM4.90 dalam mendapatkan konten eksklusif.

Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan

Netflix Sedia Tawarkan Pelan Percuma Buat Negara Asia Bermula Dengan Vietnam

Sumber