TikTok dikatakan mempunyai 1 bilion pengguna aktif di seluruh dunia pada tahun 2021 dengan peningkatan pertumbuhan sehingga 45% berbanding tahun sebelumnya. Hal ini sekaligus membuatkan pihak TikTok sedia menawarkan pelbagai penambahan ciri menarik dari semasa ke semasa.
Terkini, TikTok telah meningkatkan had memuat naik durasi video ke 10 minit bagi membolehkan para pengguna menghasilkan kandungan yang lebih panjang. Hal ini dapat membantu mereka menghasilkan video tutorial, bercerita atau perkongsian topik semasa secara terperinci lagi.
Sebelum ini, pengguna terpaksa membahagikan video kepada beberapa bahagian oleh kerana tempoh terhad kepada tiga minit sahaja. Perubahan ini dilakukan bagi membolehkan TikTok bersaing secara langsung dengan platform YouTube yang sedia menawarkan video format panjang kepada pengguna.
Kini TikTok sendiri telah menjadi sebuah platform media sosial yang mendominasi dunia dengan jumlah pengguna yang sangat tinggi terutamanya di kalangan anak muda. Oleh kerana ramai pengguna lebih selesa dengan TikTok, maka mereka telah mengambil peluang untuk menyaingi platform YouTube pula.
Pengenalan ciri ini sekaligus membuatkan TikTok akan bersaing dengan YouTube dari segi masa tontonan video selepas ini. Sementara TikTok mahu menawarkan sokongan video yang lebih panjang, pihak YouTube pula dilihat sedang menfokuskan ciri video pendek yang dikenali sebagai YouTube Shorts dan Instagram juga hadir dengan Reels.
Malah pada tahun lalu sahaja, TikTok berjaya mengatasi Facebook sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna.
TikTok Mengatasi Facebook Sebagai Aplikasi Yang Paling Banyak Dimuat Turun
Hanya Setahun Sejak Diperkenalkan, Twitter Umum Tamatkan Fungsi Fleet Secara Rasmi