Mahu Saingi Shopee, TikTok Bakal Hadir Dengan Ciri Jualan Dalam Talian Untuk Pasaran Malaysia

Tidak dinafikan jualan dalam talian sudah menjadi pilihan utama buat para pengguna tempatan dalam mendapatkan sesuatu barangan. Maka, semakin banyak platform yang menawarkan ciri pembelian dalam talian dan kini turut disertai oleh aplikasi terkemuka, TikTok.

Terbaharu, pihak TikTok telah mulai mengumpulkan pendaftaran para penjual tempatan dalam usaha memperkenalkan TikTok Shop tidak lama lagi di Malaysia. Ciri ini sudah pun dinikmati oleh sesetengah pengguna di negara luar sana yang membolehkan pengguna membeli produk mahu pun penjual menawarkan produk menerusinya.

Sumber Gambar: TikTok

Di TikTok Shop, penjual boleh menyenaraikan produk dan pengguna juga membeli terus tanpa perlu meninggalkan aplikasi TikTok. Seperti Shopee, pelbagai promosi dan diskaun boleh ditawarkan penjual. Berdasarkan perkongsian awal, TikTok Shop akan menawarkan sokongan penghantaran percuma.

Terdapat dua kategori penghantaran yang akan ditawarkan iaitu “Ship by TikTok” yang mana penghantaran mengikut pilihan rakan logistik TikTok atau pun “Ship by Seller” yang mana ditentukan oleh penjual. TikTok Shop juga akan diintegrasikan pada fungsi carian di aplikasi berkenaan secara terbina.

Sumber Gambar: Kompas

Malah, pengguna juga boleh mempromosikan dan menjual produk secara terus di dalam live sekaligus. Sebuah ikon khas akan ditambah pada halaman profil pengguna sekiranya mempunyai ciri TikTok Shop. Anda juga boleh menyemak produk yang ditawarkan dengan mudah menerusi halaman tab khas tersebut.

Untuk pengguna, anda juga boleh menambah beberapa pilihan pembayaran padanya. Ciri pembayaran sewaktu COD turut akan disediakan dengan had maksima sehingga RM10,000 di TikTok Shop Malaysia.

Bagi anda yang mahu menjual pada platform ini, kini sudah boleh mendaftar terlebih dahulu untuk menyertai TikTok Shop hari ini. Dengan ini, kita bakal melihat ciri TikTok Shop sedia ditawarakan tidak lama lagi dan menurut langkah seperti Indonesia yang sudah pun menerima ciri ini lebih awal lagi.

Selain itu, TikTok juga sedia menawarkan pengguna memuat naik video berdurasi sehingga 10 minit pada platformnya.

Mahu Saingi YouTube, TikTok Tawarkan Durasi Video Sehingga 10 Minit

TikTok Mengatasi Facebook Sebagai Aplikasi Yang Paling Banyak Dimuat Turun

Sumber
Exit mobile version