Boleh dikatakan kamera yang berkualiti sudah menjadi satu sebab pemilihan sesebuah telefon pintar oleh para pengguna hari ini. Kini orang ramai lebih cenderung untuk berkongsikan gambar atau video dengan kualiti yang baik pada akaun media sosial mereka.

Terbaharu, Sony dilaporkan akan memperkenalkan sensor sebesar 100 megapixel untuk telefon. Sensor 100-megapixel ini dijangka bakal difokuskan untuk telefon berspesifikasi pertengahan. Sensor ini dijangka ditawarkan di bawah siri IMX8.

Sumber Gambar: Mashable ME

Selain sensor baharu dibawah IMX8, Sony juga dikatakan sudah pun mempersiapkan sensor dibawah siri IMX9 untuk peranti premium. Dengan siri IMX9, ia dijangka bakal menjadi pesaing sengit kepada pembuat sensor terkemuka iaitu Samsung yang mana sedia mempunyai sensor sebesar 100 megapixel tersendiri.

Sebelum ini, Sony sudah berjaya menawarkan sensor 1-inci menerusi siri Xperia Pro-i mereka yang mana memberikan pengalaman fotografi seperti profesional. Sama-sama kita nantikan kejutan oleh Sony untuk penawaran kamera untuk telefon mereka yang seterusnya.

Sebelum ini juga, Sony turut menjangkakan kemampuan kamera telefon pintar melangkaui DSLR seawal tahun 2024 kelak.

Sony Jangkakan Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui DSLR Seawal 2024

Mahu Turut Selamatkan Alam Sekitar, Sony Ambil Langkah Tidak Sertakan Pengecas Dan Kabel Sekaligus