Seperti yang kita sedia maklum, salah satu sebab pengguna lebih selesa menggunakan iPhone oleh kerana ketiadaan paparan iklan pada platformnya. Namun selepas ini, situasi mungkin akan berubah selepas timbul spekulasi baharu yang mengatakan Apple akan berbuat sedemikian seperti terdapat pada Android.

Menerusi Bloomberg, Apple dikatakan dalam perancangan untuk memaparkan lebih banyak iklan pada aplikasi iPad dan iPhone termasuk Maps. Iklan carian pada Maps masih berada pada fasa ujian dalaman di mana ia bakal memaparkan saranan apabila mencari restoran, kedai atau perniagaan berdekatan.

Sumber Gambar: Slash Gear

Malah pada ketika ini, Apple telahpun melaksanakan model iklan yang pada App Store sekaligus membolehkan pembangun membayar untuk memastikan aplikasi dipromosikan dengan lebih efektif pada halaman carian bagi carian tertentu.

Iklan pada Maps juga bakal menggunakan model iklan yang serupa di mana pemilik perniagaan boleh membayar untuk muncul sebagai saranan di bahagian atas carian apabila pengguna memasukkan frasa kata tertentu. Selain Maps, paparan iklan ini turut akan diperluaskan pada aplikasi Podcasts dan Books.

Dan tidak mustahil sekiranya Apple akan memaparkan iklan pada aplikasi lain seperti Apple TV Plus seperti yang dilakukan oleh Netflix dan Disney+.  Dengan pendekatan ini, Apple dijangka dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda berbanding sebelum ini.

Antara yang hangat dibincangkan oleh pengguna internet adalah harga jualan siri iPhone 14 Pro yang dijangka lebih mahal pada tahun ini.

Harga Jualan Siri iPhone 14 Pro Dijangka Lebih Mahal Pada Tahun Ini

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu