Boleh dikatakan setiap hari bakal berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan bandar lebih-lebih lagi di plaza tol yang sering digunakan oleh orang ramai untuk yang berulang alik ke sesebuah lokasi.

Terbaharu, terdapat sebuah cadangan yang dibangkitkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia di mana semua plaza tol di Lembah Klang disaran untuk mengintegrasikan semua jenis pembayaran dan tidak diasingkan atau dihadkan mengikut lorong secara spesifik.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Cadangan dibuat atas dasar usaha menggelak kesesakan dalam bandar terutamanya ketika waktu punca. Pada hari ini, plaza tol telah diasingkan mengikut lorong termasuk hanya kad fizikal sahaja atau SmartTag sahaja, hanya RFID atau gabungan kedua-duanya.

Ini sekaligus membuatkan kenderaan yang mahu menuju ke spesifik lorong perlu melakukan perubahan lorong yang mana mendorong kepada kesesakan dan seumpanya. Cadangan ini dibawakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diminta dibincangkan bersama penyedia lebuhraya yang terlibat.

Bagaimanapun, kini hanyalah pada peringkat cadangan dan perlu menerusi pelbagai fasa sebelum dapat direlisiasikan sepenuhnya. Pasti ramai pengguna jalan raya menantikan ciri ini kerana sememangnya dapat memudahkan urusan malah menggurangkan kesesakan di plaza tol kelak.

Selain itu, Dbkl juga dilaporkan bakal menggunakan 4,000 kamera CCTV dalam mengesan banjiri di kawasan berpotensi.

DBKL Bakal Gunakan 4,000 Kamera CCTV Bagi Mengesan Banjir Di Kawasan Berpotensi

Mahu Elak Risiko Nahas, Kerajaan Cadang Pengguna Dan Pembekal E-Skuter Perlu Dapatkan Lesen Kelak