Apple sudah pun menjadualkan acara WWDC 2022 pada minggu hadapan yang mana sangat dinantikan oleh para peminat. Pelbagai jangkaan berkaitan produk baharu yang mungkin dilancarkan pada kali ini termasuklah pengenalan set kepala AR Apple.
Menerusi perkongsian penganalisa terkemuka, Ming-Chi Kuo, beliau mengatakan bahawa Apple mungkin tidak akan berkongsi berkaitan dengan set kepala mereka pada acara kali ini. Hal ini kerana Apple dikatakan mungkin ingin mengelak set kepala mereka ditiru oleh pesaing lain.
(1/2)
It still takes some time before Apple AR/MR headset enters mass production, so I don't think Apple will release AR/MR headset and rumored realityOS at WWDC this year. Apple's competitors worldwide can't wait to see the hardware spec and OS design for Apple's AR/MR headset.— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) May 31, 2022
Malah, Apple tidak senang senang kehadiran alternatif lain yang ditawarkan oleh pesaing sebelu mereka sempat berjaya memasarkannya. Pada hari ini, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh syarikat gergasi terutamanya dalam aspek pengeluaran yang dilihat semakin meruncing ekoran jumlah cip yang terhad.
Buat masa ini, kita hanya boleh menunggu tiba tarikh acara tersebut untuk mengetahui barisan produk baharu yang bakal diperkenalkan oleh Apple pada kali ini. Sudah semestinya Apple akan membawakan kejutan buat para peminatnya di seluruh dunia.
Tular sebelum ini berkaitan Apple sedang menguji iPhone dengan sambungan USB-C untuk pasaran Eropah.
Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah
Apple Dijangka Bakal Lancarkan Siri iPhone 14 Dan AirPods Pro 2 Pada 13 September Ini