Mahu Elak Buli Siber, Instagram Perkenalkan Ciri Privasi Baharu Buat Para Pengguna

Instagram merupakan sebuah media sosial yang sering dikujungi oleh ramai pengguna seluruh dunia terutamanya yang mahu berkongsi gambar dan video bersama kenalan. Akan tetapi, setiap pengguna juga mempunyai risiko untuk menerima serangan buli siber daripada individu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengakibatkan masalah mental yang serius.

Terkini, Instagram telah menambah sebuah lagi ciri privasi baharu yang dalam memastikan pengalaman penggunaan lebih baik menerusi platformnya. Pengguna kini sudah boleh menyekat sebarang interaksi yang tidak menyenangkan serta mempunyai kawalan tetapan yang terperinci terhadap kandungan yang disiarkan.

Sumber Gambar: The Indian Express

Antara kemas kini ciri privasi ini adalah bagi pengguna yang berusia 16 tahun ke bawah yang ingin mencipta akaun Instagram bakal ditetapkan sebagai private secara automatik. Tindakan ini diambil atas dasar ingin menyekat pengguna dewasa yang mencurigakan daripada berinteraksi bersama pengguna di kalangan remaja.

Selain itu, pengiklanan juga bakal ditapis supaya ia bersesuaian dengan lapisan umur di platform tersebut. Malah, terdapat pilihan menyembunyikan kiraan Like pada hantaran yang dibuat menerusi platform Instagram dan Facebook. Selepas ini, pengguna lain sudah tidak boleh melihat jumlah Like yang diterima pada siaran gambar atau video yang dikongsi.

Sumber Gambar: Mashable

Kemudian, hadir juga ciri Restrict di mana ia membenarkan pengguna lain meninggalkan komen namun hanya boleh dilihat pemilik akaun sahaja. Di samping itu, pengguna juga boleh menyembunyikan komen atau mesej daripada akaun yang tidak mengikuti atau baru sahaja mengikuti mereka.

Untuk memastikan persekitaran yang baik menerusi platform berkenaan, pihak pembangun turut menambah ciri tapisan mesej berunsur kesat atau lucah yang difokuskan kepada permintaan mesej. Sebarang mesej yang dikesan mengandungi frasa, perkataan atau emoji yang kontroversial akan dihalang oleh Instagram sendiri.

Sumber Gambar: Instagram

Bukan itu sahaja, setiap hantaran yang mempunyai ‘kandungan sensitif’ juga boleh dikawal dengan lebih terperinci oleh pengguna supaya boleh menikmati konten yang bersesuaian sahaja. Akhir sekali, ciri Nudges di mana pengguna akan dicadangkan dengan konten yang lebih bermanfaat sekiranya dikesan meluangkan masa terlalu lama pada konten tertentu.

Dengan kemas kini ciri privasi terbaharu oleh Instagram, pengguna sudah boleh menikmati pengalaman yang lebih baik sekaligus dapat mengelakkan serangan buli siber yang kian meruncing saban hari. Malah, kesihatan mental para pengguna juga akan lebih terjamin.

Selain itu, tahukah anda Instagram bakal mengenakan bayaran langganan bulanan kepada pengguna bermula RM4.90 pada masa kelak?

Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan

Instagram Tawarkan Fungsi Perkongsian Gambar Dan Video Secara Terus Di Desktop

Sumber
Exit mobile version