Mahu Bantu Orang Ramai Bangunkan Teknologi, Toyota Bina Bandar Pintar Di Gunung Fuji

Baru-baru ini Toyota dan Woven Planet telah mengadakan satu upacara pecah tanah untuk pembinaan bandar pintar yang dikenali sebagai Woven City. Bandar Pintar tersebut terletak di kaki Gunung Fuji di atas bekas tapak kilang Shizuoka yang seluas 70.8 hektar. Bandar pintar ini akan menjadi satu ekosistem yang terhubung sepenuhnya yang dikuasakan oleh sel bahan bakar hidrogen.

Menurut pihak Toyota, Woven City akan berfungsi sebagai sebuah ‘makmal hidup’ dan tempat tinggal bagi penduduk dan penyelidik sepenuh masa yang akan dapat menguji dan mengembangkan teknologi baru seperti autonomi, robotik, mobiliti peribadi, rumah pintar dan artificial intelligence dalam bandar tersebut.

Toyota mengalu-alukan kerjasama dengan rakan komersial dan ahli akademik yang lain dan menjemput para saintis dan penyelidik dari seluruh dunia yang berminat untuk mengusahakan projek mereka sendiri dalam inkubator dunia nyata di Woven City ini.

Untuk permulaan, komuniti ini akan bermula dengan kira-kira 360 orang penduduk, terutamanya warga emas, keluarga yang mempunyai anak kecil dan ahli penyelidik. Setelah itu, populasi Woven City akan bertambah lebih daripada 2,000 individu termasuklah pekerja Toyota sendiri.

Sumber Gambar: Toyota
Sumber Gambar: Toyota
Sumber Gambar: Toyota
Sumber Gambar: Toyota

Jika lihat pada rekaan konsep bandar pintar Woven City, tempat ini memang sangat moden dan sesuai dengan suasana kehidupan pada masa hadapan. Adakah anda mahu berpindah duduk di sini apabila sudah siap nanti?

Baca lagi artikel-artikel terkini yang telah kami kongsikan pada minggu ini melalui pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/bekas-jurutera-tesla-dakwa-kereta-elektrik-rekaannya-lebih-baik-berbanding-model-s/

https://www.thevocket.com/lebih-10000-kes-pemalsuan-data-kualiti-pembekal-komponen-toyota-dan-nissan-akui-kesilapan/

Exit mobile version