Populariti dunia NFT telah membuka peluang kepada pelbagai pihak untuk menerokai manfaat menerusinya. Bukan hanya boleh menghasilkan keuntungan dari hasil jualan atau pelaburan semata-mata, malah orang ramai juga boleh menabur bakti dengan menderma dan membeli karya daripada badan-badan kebajikan.
Di Indonesia, kini mereka telah mencipta sebuah program NFT yang boleh memberi impak positif dalam kemajuan para petani tempatan dengan terbentuknya Meta Forest Society (MSF). Program ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak Meta Forest dan Program Perempuan Tani Harapan Rakyat (Pertahara).
Pertahara ini merupakan gerakan nasional pemerkasaan untuk wanita dengan sasaran menangani masalah kemiskinan, meningkat ekonomi petani dan juga memartabatkan kedudukan wanita di dalam pertanian Indonesia.
Menerusi program ini, diharapkan kedudukan wanita dapat dimartabatkan terutamanya dalam industri pertanian serta meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih baik. Selain itu, ia dapat menghubungkan kemajuan teknologi seiring dengan kehidupan sebenar mereka pada hari ini.
Terdapat sekitar 3,636 koleksi karya NFT yang bertemakan orang bunian dan alam semula jadi yang dijual kepada orang awam. Hasil kutipan akan diberikan kepada komuniti petani wanita tempatan dalam membawa perubahan kehidupan yang lebih baik .
Sasaran projek ini dalam jangka masa panjang adalah untuk membawakan lebih banyak perubahan melalui gerakan-gerakan yang berimpak positif kepada komuniti tempatan. Bahkan, komuniti MFS dilihat saling menolong antara satu sama lain mahupun secara maya dan realiti.
Sementara di Malaysia juga telah memanfaatkan teknologi NFT untuk membantu mangsa banjir dengan jumlah kutipan sehingga RM45,000 dalam tempoh singkat.
Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat
Ketahui Cara Menyumbang Buat Mangsa Banjir Semudah Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet