Umum tahu Louis Vuitton sememangnya sebuah jenama yang mewah dan premium. Melalui kolaborasi jenama ini bersama pereka fesyen Virgil Abloh, mereka telah menghasilkan lebih banyak produk lagi yang disasarkan buat anak muda yang ingin tampil bergaya dan mewah.

Terbaru, Louis Vuitton telah memperkenalkan sebuah earphone premium yang dinamakan sebagai Horizon Earphones. Apa yang membuatkan earphone ini menarik adalah rekaannya yang dihasilkan serta dilihat sebagai pencabar dalam industri earphone tanpa wayar. Screen Shot 2019-01-18 at 10.14.49 AM

Screen Shot 2019-01-18 at 10.15.06 AM

Model ini turut dibantu oleh Master & Dynamic dalam memberikan penawaran bunyi yang lebih baik buat para pendengar. Terdapat empat pilihan warna ditawarkan melalui koleksi pada kali ini iaitu hitam, putih, merah serta kuning dengan penyertaan tulisan LV berwarna biru.

Difahamkan LV selepas ini bersedia untuk membina sebuah ekosistem dengan penawaran lebih bnayak produk seperti tempat pengecas khas serta smartwatch.

Screen Shot 2019-01-18 at 10.15.12 AM

Screen Shot 2019-01-18 at 10.15.23 AM

Screen Shot 2019-01-18 at 10.15.30 AM

Louis Vuitton Horizon Earphones bakal mula ditawarkan buat para pengguna pada harga $995 (RM4,092). Sememangnya sebuah harga yang jauh daripada jenama pesaing lain bagi sebuah model earphone. Sekiranya anda berpendapat model keluaran Apple tidak cukup mewah bagi anda, mungkin model keluaran LV ini bakal membuatkan anda tampil kaya dan mewah.