Sebut mengenai jenama Louis Vuitton pasti ramai yang cukup tahu dengan jenawa mewah yang menawarkan seleksi barangan buat penggemar fesyen dengan harga yang premium. Selain itu, jenama ini turut melancarkan beberapa barangan dan aksesori buat para peminat seperti set Jenga dan set ping pong.

Pada kali ini, Louis Vuitton tampil melancarkan speaker bluetooth Louis Vuitton Horizon Light Up Speaker yang hadir dengan rekaan seakan sebuah gasing pangkah.

Speaker mewah ini hadir dengan fungsi audio 360 darjah menerusi sambungan kepada peranti. Difahamkan rekaan unik ini diinspirasikan daripada sebuah beg Toupie keluaran jenama ini.

7fd9
Sumber: Diy Trade

Penawaran lampu LED yang menyalakan logo LV beserta rekaan monogram yang menjadi identiti jenama ini membuatkan speaker ini tampil berbeza daripada pesaing.

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan cip Qualcomm QCS 404 dan mampu menyokong sambungan kepada peranti Apple, Android dan Huawei. Model ini mampu menawarkan digunakan sehingga 15 jam untuk satu pengecasan penuh.

https___hypebeast.com_image_2021_07_louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-lv-monogram-release-information-6
Sumber: Louis Vuitton
https___hypebeast.com_image_2021_07_louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-lv-monogram-release-information-9
Sumber: Louis Vuitton
https___hypebeast.com_image_2021_07_louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-lv-monogram-release-information-10
Sumber: Louis Vuitton

https___hypebeast.com_image_2021_07_louis-vuitton-horizon-light-up-speaker-lv-monogram-release-information-11

Mengulas dari segi harga, Louis Vuitton Horizon Light Up Speaker sedia ditawarkan pada harga RM12,600. Sebuah harga yang premium bagi sebuah speaker namun buat peminat jenama ini, mungkin model ini antara yang boleh didapatkan berikutan rekaannya yang unik.

Sebelum ini Louis Vuitton pernah melancarkan sebuah earphone mewah pada harga RM4,092.

Louis Vuitton Perkenalkan Earphone Mewah Dengan Harga RM4,092

YSL Berkolaborasi Bersama Bang & Olufsen Hasilkan Speaker Bernilai RM19,288