Mungkin sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go di lorong tambah nilai PLUS. Walau bagaimanapun, para pemandu nampaknya perlu bersiap lebih awal atau merancang perjalanan bermula 5 November ini apabila pihak PLUS bakal menghentikan perkhidmatan ini di lorong keluar tol seluruh negara.
Difahamkan keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kesesakan di lorong keluar tol serta memastikan keselamatan pekerja tol. Difahamkan pada tahun 2015 sehingga 2018, terdapat 81 insiden plaza tol dirempuh oleh kenderaan berat.
Sebagai langkah untuk mengelakkan daripada kekurangan baki Touch ‘n Go, anda dinasihatkan untuk memasang RFID memandangkan kesemua laluan tol PLUS bakal menyokong sistem ini bermula hujung 2019.
Penggunaan RFID ini sekaligus membolehkan akaun kad kredit, debit serta pelbagai jenis e-wallet disertakan bagi memudah pembayaran tol.
Tahukah anda Waze juga sudah mula memaparkan kadar tol buat para pengguna. Selain itu, tular pada bulan lalu apabila Honda Jazz yang mahu elak membayar tol ini telah melanggar kereta pelumba negara.
https://www.thevocket.com/waze-mula-memaparkan-kadar-tol-untuk-memudahkan-pengguna/
https://www.thevocket.com/elak-bayar-tol-netizen-cari-honda-jazz-langgar-kereta-pelumba-negara/