Sebut mengenai kamera DSLR pastinya jenama-jenama seperti Canon, Nikon dan Sony antara yang disebutkan. Pada kali ini bersempena dengan atur cara CES, Canon secara rasminya telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Canon EOS-1D Mark III.

Melalui model terbaru ini, Canon menobatkan model ini sebagai model terbaik pernah dihasilkan sekaligus menjadi antara model DSLR terbaik di pasaran.

Eos-1D_Mark_III_Front_View
Sumber: Wikipedia

Canon EOS-1D Mark III hadir dengan sensor sebesar 20.1-megapixel Full Frame CMOS dengan bantuan DIGIC X. Penawaran ISO bermula daripada 100 sehingga 102,400 serta boleh dikembangkan ke 50-819,200 antara yang membantu model ini mendapatkan imej terbaik pada setiap keadaan yang diambil.

Penawaran DIGIC 8 pada model ini sekaligus membantu kamera ini mendapatkan kemampuan fokus dengan lebih pantas serta meningkatkan kepantasan gambar diproses.

Berikut merupakan sampel gambar daripada Canon EOS-1D Mark III. Untuk pengetahuan, kesemua gambar ini adalah gambar daripada pre-production atau dalam erti kata lain masih bebas daripada suntingan.

3661386453
Sumber: DPreview
4796231538
Sumber: DPreview
8682003972
Sumber: DPreview
9307552661
Sumber: DPreview
0058177921
Sumber: DPreview
1746080519
Sumber: DPreview
0094397628
Sumber: DPreview

Tidak hanya memfokuskan kepada kualiti gambar, kamera terbaru daripada Canon ini juga bakal menjadi pilihan para YouTuber hebat selepas berjaya menawarkan kemapuan rakaman berkualiti tinggi pada kadar 4K 60FPS atau 1080p 120FPS. Penyertaan port seperti Canon EOS-1D Mark II antara yang disertakan.

Mengetahui model ini merupakan model DSLR terbaik di pasaran ketika ini, pastinya harga yang premium antara yang dijangkakan ramai. Canon EOS-1D Mark III dilaporkan bakal dijual dengan harga $6,499 (~RM26,589). Sebuah pelaburan yang berbaloi buat mereka yang serius dalam dunia fotografi.

Jenama yang pernah gah suatu ketika dahulu iaitu Olympus secara rasminya bakal menjual bisnes kamera mereka selepas 83 tahun. Turut dikongsikan, 9 tips mengambil gambar menggunakan kamera telefon pintar dalam menghasilkan gambar persis menggunakan DSLR.

https://www.thevocket.com/selepas-83-tahun-olympus-nampaknya-bakal-menjual-bisnes-kamera-mereka/

https://www.thevocket.com/9-tip-ambil-gambar-dengan-kamera-smartphone-anda/

Sumber