Sejak beberapa tahun terakhir ini, syarikat penerbangan dan lapangan terbang sedang giat dalam memperkenalkan sistem pengecaman wajah. Pengenalan sistem ini secara tidak langsung bakal membantu penumpang serta memudahkan pengawal dalam melancarkan proses check-in.
Di sebalik kemudahan yang ditawarkan, nampaknya pengenalan sistem ini ternyata mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Umum tahu, sistem ini menggunakan individu di dalam gambar dan penumpang perlu scan wajah mereka sebelum melepasinya.
Untuk mengetahui sejauh manakah sekuriti sistem ini, Albert Liu selaku CEO kepada syarikat Kneron telah menjalankan eksperimen dengan memakai sebuah topeng dengan wajah penumpang yang turut sama-sama berada di dalam sebuah penerbangan. Lebih menarik, ujian ini dijalankan di dua tempat berbeza iaitu di China serta lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.
Siapa sangka, individu ini berjaya melepasi kedua-dua pintu sistem pengecaman wajah ini dengan mudah. Walau bagaimanapun, ujian beliau untuk ‘menceroboh’ sistem Face ID menggunakan modus operandi yang sama dilihat gagal sekaligus memperlihatkan sistem sekuriti yang dibangunkan Apple.
Modus operandi yang dijalankan ini mungkin tidak banyak memberi kesan kepada orang ramai, namun sedikit sebanyak bakal membuka peluang buat individu yang berniat jahat untuk ‘menceroboh’ sistem ini dengan buka.
Melihatkan sistem ini yang masih baru di lapangan terbang, pastinya sistem ini bakal dinaik taraf pada masa akan datang dalam menawarkan sistem sekuruti yang lebih baik.
Ketahui juga mengapa anda tidak disarankan mengecas telefon di lapangan terbang. Turut dikongsikan, aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura.
https://www.thevocket.com/hentikan-mengecas-telefon-anda-seperti-ini-di-lapangan-terbang-ia-tidak-selamat/
https://www.thevocket.com/apa-anda-boleh-lakukan-dalam-lima-jam-transit-lapangan-terbang-changi-singapura/