Lihat Bagaimana Lelaki Ini Mencipta Game Boy Dengan Menggunakan Sebuah Tembikai

Ini adalah hasil jika sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digunakan dengan baik. Daripada hanya berbaring dan melayan debat di Twitter yang tidak pernah habis, seorang pelajar Singapura telah berjaya mengubah sebuah tembikai kepada Game Boy. Apa yang ajaibnya, ia masih mampu berfungsi dengan baik.

Pelajar jurusan sistem maklumat dari Singapore Management University, Cedrick telah berjaya mengubah sesuatu yang tidak pernah difikirkan orang dan ianya berbaloi apabila usahanya dipuji oleh netizen.

Dalam video yang dimuat naik di laman YouTube, dia mengakui telah terinspirasi untuk menukar ‘fungsi’ sebuah tembikai kepada permainan video disebabkan oleh perintah penguncian.

“Komuniti rpi [Raspberry Pi] terkenal dengan hobi memasang konsol. Anak muda wajib mencubanya,” tulis Cedrick. “Saya memutuskan untuk memasang konsol dengan sentuhan peribadi.”

Terdahulu, sebuah Game Boy khas telah dibikin dengan menggunakan teknologi Android. Klik pautan di bawah untuk membaca.

https://www.thevocket.com/kembalikan-nostalgia-bermain-gameboy-dengan-hyperkin-khas-buat-telefon-android/

https://www.thevocket.com/pelajar-ini-hasilkan-semula-game-pokemon-dengan-peta-malaysia/

Exit mobile version