LG Secara Rasmi Ucap Selamat Tinggal Kepada Dunia Telefon Pintar

Jenama terkemuka dunia, LG Electronics secara rasmi akan menghentikan division telefon pintar di bawah jenama tersebut berkuat kuasa hari ini (5 April 2021).

LG Januari lalu sudah berkira-kira untuk menutup division telefon pintar mereka selepas merekodkan kerugian selama hampir 6 tahun dengan kerugian terkumpul sekitar USD4.5 bilion (RM18.63 bilion).

Sebelum ini LG mahu menjual bisnes telefon pintar mereka kepada syarikat besar Vietnam, Vingroup tetapi terputus di tengah jalan selepas perbezaan dari segi terma dan pengetahuan antara kedua-dua buah syarikat.

LG merupakan antara jenama telefon pintar pertama yang memperkenalkan ultra-wide angle cameras di pasaran dan menjadi pernah menjadi jenama ketiga terbesar dunia pada tahun 2013 di belakang Samsung dan Apple.

Tetapi, LG kemudiannya berdepan masalah dari pelbagai segi antaranya software updates yang perlahan menjadikannya kurang menjadi pilihan pengguna. Penganalisis pasaran juga turut mengkritik jenama itu yang kurang agresif dalam mempromosikan produk mereka berbanding jenama pesaing mereka dari China.

Walaupun LG berada di tangga Ke-3 di Amerika Utara dan Ke-5 di negara Amerika Latin, tetapi secara global, market share mereka cuma 2% sahaja. Sebagai perbandingan, LG cuma menghasilkan 23 juta telefon pintar sahaja berbanding Samsung yang menghasilkan 256 juta peranti sepanjang tahun lalu.

Walaupun pelbagai inovasi hebat dihasilkan LG untuk telefon pintar mereka, namun itu tidak cukup untuk bersaing dengan jenama lain yang lebih ke hadapan. Selamat tinggal, LG.

Ini pula kisah jenama Nokia yang satu ketika dahulu merupakan jenama No.1 dalam pasaran. Baca lagi pada pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/kisah-nokia-yang-hilang-taring-kerana-tidak-mahu-berubah/

https://www.thevocket.com/belanja-rm1-24-juta-hasil-sentuhan-pakar-xiaomi-akhirnya-tampil-dengan-logo-berwajah-baharu/

https://www.thevocket.com/vivo-malaysia-lancarkan-the-incident-filem-pendek-yang-dirakam-menggunakan-x60-pro/

Sumber
Exit mobile version