Buat anda yang mencari sebuah komputer riba untuk kegunaan harian terutamaya bisnes, mungkin agak pening kepala untuk memilih puluhan model menarik yang ada di pasaran.

Lenovo sebelum ini telah mengumumkan model Lenovo Yoga Slim 7i dan kami telah berpeluang untuk mencubanya sendiri. Ini beberapa perkara menarik yang kami suka untuk model Yoga Slim 7i ini.

1. Rekaan pelitup luar stain resistant

Yoga 1

Ini perkara pertama yang stand out apabila anda melihat komputer riba ini buat pertama kali. Permukaan kain pada bahagian atas Lenovo Yoga Slim 7i memberi rupa yang menawan untuk model ini.

Walaupun diperbuat daripada fabrik, jangan risau jika anda tertumpahkan sedikit kopi kegemaran anda ke atasnya. Fabrik pada Lenovo Yoga Slim 7i ini adalah stain resistant dan tidak menyerap air.

2. Rekaan yang kemas

sleek design

Rekaan pada Lenovo Yoga Slim 7i ini sangat kemas dan minimalis. Saya sukakan kedudukan speaker pada komputer riba ini yang dipasang di sisi papan kekunci. Bila anda pasang lagu atau tonton filem, ia sedap untuk didengar.

Panel lubang pada bahagian belakang komputer riba ini juga luas; jadi sistem pengudaraan untuk komputer riba ini pastinya bagus untuk elak komputer riba anda jadi panas apabila digunakan pada masa yang lama.

3. Paparan jelas dan touchscreen yang awesome!

paparan jelas

Komputer riba bersaiz 14″ ini hadir dengan skrin FHD 60HZ yang menghasilkan paparan gambar yang sangat baik. Anda pastinya akan rasa sedikit kekok ketika menggunakan komputer riba dengan touchscreen buat pertama kali. Kadangkala anda seperti terlupa skrin Lenovo Yoga Slim 7i sebenarnya boleh disentuh kerana most the time anda akan menggunakan papan kekunci.

Selepas anda sudah biasa, anda akan kerap gunakannya contohnya untuk pause filem yang anda sedang tonton. Begitu juga jika anda mahu zoom in & zoom out sesuatu. Akan jadi lebih mudah.

4. Sistem audio Dolby Atmos

dolby atmos

Seperti yang kami tulis, speaker pada Lenovo Yoga Slim 7i ini sedap didengar. Ia disebabkan model ini hadir dengan sistem audio Dolby Atmos yang menghasilkan sound yang lebih padat dan jitu. Boleh tahan kuat juga bunyi yang dapat dihasilkan oleh Lenovo Yoga Slim 7i. Dari segi bunyi, memang puas hati.

5. Cukup kuasa untuk gaming

https://www.youtube.com/watch?v=T2FofC83-3o

Stress dan mahu gaming sebentar ? Dengan processor Intel Core i710th Gen dan NVIDIA GeForce MX350, tiada masalah untuk anda bermain permainan seperti DOTA 2, NFS Heat dan Sekiro.

6. Bateri tahan sehingga 8 jam

Untuk satu pengecasan penuh, Lenovo Yoga Slim 7i dapat bertahan sekitar 8 jam untuk kegunaan biasa (bukan gaming) dan bagi kami, ia sudah cukup untuk anda yang mungkin kerap ke sana sini dan jarang mengecas komputer riba anda.

Berbaloi untuk beli?

Pada harga jualan RM5,088, ia mungkin sedikit tinggi tetapi untuk anda yang tidak suka bertukar komputer riba dan mencari sesuatu yang boleh bertahan lama, Lenovo Yoga Slim 7i 14-Inch ini adalah untuk anda.

Rekaannya yang sleek dan nipis (dengan ketebalan hanya 15.4mm dan berat 1.4kg) bukan sahaja memudahkan anda membawanya ke mana-mana tetapi bergaya apabila digunakan. Berkuasa dan bergaya, sesuatu yang jarang ditawarkan oleh jenama lain.

Lenovo Yoga Slim 7i kini boleh didapati di Lenovo Exclusive Store (LES) seluruh Malaysia serta di laman e-dagang dalam talian seperti Lazada dan Lenovo Malaysia.

Ini pula tip penjagaan komputer riba yang anda perlu tahu. Klik pada pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/ini-tip-penting-dan-mudah-penjagaan-laptop-supaya-tahan-lebih-lama/

https://www.thevocket.com/7-perkara-yang-anda-perlu-lihat-dan-pertimbangkan-sebelum-beli-laptop-baharu/