Lenovo YOGA Hadir Dengan Rekaan Unik Menerusi Kolaborasi Bersama The Batik Boutique

Lenovo pada hari ini telah melancarkan generasi terbaru Lenovo YOGA. Dua produk yang diperkanlkan terdiri daripada Lenovo YOGA Slim 7i dan Lenovo YOGA Duet 7i dimana kedua-duanya memefokuskan kepada pretasi, rekaan yang menarik serta penggunaan yang menarik.

Apa yang lebih menarik, bersempean dengan Hari Malaysia yang bakal tiba, Lenovo Malaysia telah bekerjasama dengan The Batik Boutique dalam menawarkan Lenovo YOGA dengan rekaan batik sekaligus membuatkan produk ini tampil unik untuk dimiliki.

Lenovo YOGA Slim 7i
Lenovo YOGA Slim 7i

Dari segi spesifikasi, Lenovo YOGA Slim 7i hadir dengan skrin 14-inci dan dikuasakan oleh processor Intel Core i7 generasi ke-10 beserta RAM 16GB DDR4. Kad grafik yang digunakan adalah NVIDIA GeForce MX350 2GB GDDR5 manakala ruang storan pula hadir dengan kapasiti 512GB SSD.

Lenovo YOGA Duet 7
Lenovo YOGA Duet 7

Lenovo YOGA Duet 7 pula hadir dengan saiz skrin yang sedikit kecil iaitu 13-inci. Processor yang digunakan adalah Intel Core i5 generasi ke-10 dan dibantu dengan RAM 8GB DDR4.

Apa yang unik dengan Lenovo YOGA Duet 7 sudah pastinya sokongan skrin sesentuh serta kebolehan untuk memisahkan skrin pada keyboard untuk dijadikan sebagai tablet.

Menariknya, Lenovo Malaysia turut menawarkan Lenovo Premium Care dengan penawaran servis selepas pembelian selama satu tahun. Buat anda yang berminat anda boleh layari laman web Lenovo untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah tablet yang berbaloi memenuhi keperluan anda dengan harga yang rendah, Lenovo Tab M10 HD merupakan pilihan yang berbaloi.

https://www.thevocket.com/lenovo-tab-m10-hd-pilihan-berbaloi-memenuhi-keperluan-anda-dengan-harga-rm725/

https://www.thevocket.com/huawei-mungkin-tinggalkan-android/

 

Exit mobile version