Sebut mengenai Lenovo, pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama yang menawarkan seleksi peranti bagi memenuhi keperluan pengguna. Produknya yang berkualiti, berbaloi serta menawarkan tempoh waranti yang panjang secara tidak langsung menarik perhatian pengguna untuk mendapatkannya.

Terbaharu, Lenovo tampil dengan sebuah promosi terbaru sempena jualan 11.11 dalam menawarkan seleksi peranti dengan harga diskaun sehingga 44%.

Promosi yang berlangsung sehingga 21 November ini membolehkan pengguna mendapatkan diskaun berbaloi menerusi pembelian di laman rasmi Lenovo manakala pembelian di Lazada dan Shopee bakal ditawarkan dengan baucer istimewa.

Lebih menarik, Lenovo sedia membantu pengguna yang keliru untuk mendapatkan peranti yang memenuhi keperluan menerusi kuiz ‘Meet Your Smart Match’ menerusi kolaborasi bersama RinggitPlus.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan diskaun berganda menerusi produk yang sudah ditawarkan secara promosi dengan memasukkan kod ‘1111DEAL’ bermula sekarang sehingga 21 November 2021. Pembeli bertuah yang berbelanja besar turut berpeluang menerima baucer penginapan 2 hari dan 1 malam di Trader’s Hotel. Menarik bukan?

Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda dapatkan peranti Lenovo dengan harga diskaun dan berbaloi. Ikuti laman rasmi Lenovo untuk mengetahui lebih lanjut seleksi produk Lenovo yang boleh didapatkan secara promosi. Selamat berbelanja!

Ikuti juga review penuh kami mengenai model Lenovo Yoga Slim 7i dan Tab M10 HD yang hadir dengan spesifikasi hebat dalam memenuhi keperluan pengguna.

Lenovo Yoga Slim 7i, Komputer Riba Yang Nipis Dan Bergaya Untuk Anda

Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725