Sudah menjadi trend dimana setiap jenama telefon pintar pada masa kini khususnya daripada China mempunyai jenama kendaliannya yang tersendiri. Jika Xiaomi dengan Pocophone, Oppo dengan Realme kini Lenovo hadir dengan jenama kendaliannya iaitu Lemeng.
Untuk pengetahuan, jenama Lemeng dibawah Lenovo ini bukanlah sesuatu yang baru. Malah, sebelum ini jenama ini pernah diperkenalkan dalam menawarkan telefon pintar memfokuskan kepada muzik sebelum dimatikan.
Melalui penjenamaan semula pada kali ini Lenovo masih belum mengumumkan hala tuju jenama kendaliannya dalam menawarkan telefon pintar kepada para pengguna. Agak menarik untuk menyaksikan sekiranya Lenovo berjaya menawarkan rangkaian telefon pintar mampu milik dengan kualiti audio yang mantap buat para pengguna.