Sebahagian daripada kita mungkin tidak mengambil berat tentang jenis paparan skrin telefon yang digunakan. Bagaimanapun, tips pemilihan skrin telefon ini sangat penting buat anda yang mahukan paparan yang cantik dan lancar untuk kegunaan seharian.

Menerusi akaun TikTok @bospami, beliau telah berkongsikan informasi menarik mengenai pemilihan skrin untuk membeli telefon baharu. Dan semestinya setiap jenis skrin mempunyai kelebihan dan ciri istimewa tersendiri. Mari kita lihat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira untuk pemilihan skrin telefon anda.

1. Jenis panel telefon

Sumber Gambar: Tech Advisor

Pada hari ini, terdapat dua jenis panel skrin yang biasa digunakan secara meluas pada telefon pintar iaitu LCD dan OLED. Jenis OLED sememangnya mampu memaparkan visual yang cantik dan vibran. Anda juga pasti akan mendapati pengalaman menonton sesuatu video atau gambar lebih mengagumkan.

Kesan negatif penggunaan panel OLED pula adalah kos penggantian panel yang sangat mahal dan lebih cenderung untuk rosak sekiranya anda menggunakan skrin pada tahap cahaya yang tinggi secara berterusan. Jangka hayat OLED juga dilihat lebih pendek sekaligus memberi kesan kepada kualiti paparan visual.

Sumber Gambar: Neway

Sementara LCD pula dilihat masih mampu memaparkan visual yang baik walaupun tidak secantik OLED. Namun, kehadiran IPS LCD kini tampil dengan prestasi warna dan juga sudut tontonan yang lebih baik. Selain itu, LCD juga mampu menawarkan paparan yang lebih bagus di kawasan terbuka.

Seperti yang diperkatakan, sebarang kerosakan panel atau skrin LCD boleh diganti pada harga lebih murah berbanding OLED. Dari segi penggunaan bateri pula, OLED juga dilihat lebih menjimatkan kerana paparan peranti akan mematikan piksel hitam dan hanya menggunakan sedikit tenaga bateri untuk skrin.

2. Semak sokongan refresh rate

Sumber Gambar: Gadgets to use

Tahap refresh rate juga sangat penting untuk dititik beratkan kerana berkait dengan kelancaran navigasi dan juga prestasi animasi visual yang dipaparkan. Semakin tinggi angka refresh rate, maka semakin bagus dan lancar pergerakan visual yang dihasilkan pada peranti yang digunakan.

Perlu diingatkan penggunaan bateri juga akan semakin tinggi sekiranya mempunyai refresh rate yang tinggi. Buat masa ini, anda boleh menikmati sokongan refresh rate setinggi 144Hz yang selalu tersedia pada telefon flagship. Majoriti telefon di pasaran pula sudah hadir dengan sokongan refresh rate 90Hz.

Untuk kegunaan seharian, sokongan refresh rate 90Hz sudah cukup optimum termasuklah mampu memberikan kelancaran untuk navigasi pelbagai aplikasi, memainkan video dan juga menjalankan permainan yang bergrafik tinggi. Jadi, ia satu bonus buat anda yang boleh menggunakan sokongan refresh rate yang lebih tinggi.

3. Bentuk skrin

pemilihan skrin telefon
Sumber Gambar: Blog Anchoi

Selain daripada itu, kini telefon pintar di dalam pasaran turut hadir dengan pilihan bentuk skrin yang berbeza iatu rata dan melengkung. Skrin bentuk rata telah ditawarkan secara meluas pada majoriti telefon pintar hari ini. Salah satu kelebihan skrin rata adalah mudah untuk mencari pelindung skrin dan juga kerangka.

Sementara skrin yang melengkung pula memang diakui mampu menawarkan paparan visual yang lebih cantik dan imersif. Oleh itu, sebahagian syarikat pengeluar membawakan ciri skrin melengkung pada telefon flagship  mereka yang bukan sahaja dapat memberikan paparan yang baik malah nampak lebih estetik dari luaran.

pemilihan skrin telefon
Sumber Gambar: The7electronics

Namun perkara yang sering menjadi perhatian pengguna sudah pasti berkaitan kesukaran mendapatkan pelindung skrin dan juga kerangka ekoran penawaran terhad. Jadi, pengguna terpaksa mendapatkan pada kedai peranti yang khusus atau membeli pada platform dalam talian.

Malah, sebahagian pengguna yang mempunyai telefon berskrin melengkung juga menghadapi masalah tertekan sesuatu terutamanya di bahagian bucu. Oleh itu, ramai lebih selesa mendapatkan peranti menggunakan skrin rata. Malah, skrin berbentuk melengkung juga memerlukan kos yang tinggi apabila mahu dibaiki.

@bospami

Tips pilih skrin | Korang team yg mana ? #tiktokguru #techtok #jombelajar #learnontiktok #belajardigital

♬ original sound – Bos Pami | TikTokGuru 🎥 – BosPami | WowHebatSekali

Kesimpulannya, pemilihan skrin telefon tetap bergantung pada citarasa anda sendiri dan mestilah mempunyai bajet yang cukup untuk penggantian komponen kelak. Setiap skrin mempunyai kelebihan tersendiri namun sekurang-kurangnya perlulah hadir dengan sokongan refresh rate 90Hz untuk penggunaan seharian yang lancar.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui empat perkara penting sekiranya mahu mendapatkan SSD baru bagi laptop dan komputer.

4 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mendapatkan SSD Bagi Laptop Dan Komputer

7 Langkah Yang Anda Perlu Lakukan Sekiranya Laptop Atau Komputer Terkena Banjir