Lelaki Ini Kongsikan Cara-Cara Menyekat Fungsi Apple Pay Sekiranya iPhone Hilang Atau Dicuri

Pasti ramai yang gembira dengan kehadiran Apple Pay kerana sangat memudahkan proses pembayaran seharian. Namun jika berlaku kecurian peranti, anda mesti mengetahui cara menyekat fungsi Apple Pay supaya tidak disalah gunakan.

Menerusi akaun TikTok @pa_koi, beliau telah berkongsi tentang cara menyekat fungsi Apple Pay sekiranya iPhone anda hilang atau dicuri. Pasti ramai menyangka perlu menghubungi bank untuk berbuat sedemikian, namun sebenarnya anda boleh menyekat ciri tersebut sendiri dengan mengikuti tutorial pada kali ini.

Cara menyekat fungsi Apple Pay sekiranya iPhone hilang atau dicuri

1. Pertama sekali, anda perlu mengakses aplikasi Find My menerusi peranti lain sama ada telefon pintar atau komputer.

2. Kemudian, klik pada peranti iPhone yang hilang itu di bahagian Devices.

Sumber Gambar: Find My

3. Pada bahagian ini, anda perlu mengaktifkan ciri Lost Mode klik Active pada bahagian Mark As Lost. Dengan ini, peranti anda akan terkunci sepenuhnya sekaligus pencuri atau individu yang menjumpainya tidak boleh membuat pembayaran menggunakan Apple Pay.

Sumber Gambar: Find My

4. Seterusnya, anda boleh mengambil langkah terperinci dengan kunjungi laman web Apple ID untuk melog masuk akaun Apple ID masing-masing.

5. Lanjut dengan klik pada gambar peranti iPhone yang digunakan. Malah, anda boleh melihat terdapat logo Apple Pay pada sebelah gambar peranti sekiranya sudah dipautkan dengan fungsi Apple Pay seperti gambar di bawah iPhone 13 Pro dan Apple Watch.

Sumber Gambar: Apple ID

6. Pada tab ini, anda perlu tekan Remove All untuk membuang pautan kad bank pada akaun Apple ID tersebut. Jadi, sebarang pembayaran sudah tidak boleh dibuat lagi melainkan anda memasukkan maklumat kad bank semula untuk penggunaan di kemudian hari.

Sumber Gambar: Apple ID

Jika berlaku kehilangan Apple Watch, anda juga boleh menggunakan teknik yang sama seperti di atas untuk menyekat Apple Pay. Kedua-dua peranti ini mempunyai mekanisme yang sama sekaligus perlu disekat agar tidak disalah gunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

@pa_koi

Kalau Iphone hilang jangan panik pasal ApplePay #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #TechTok #shotoniphone

♬ Lo-Fi analog beat – Gloveity

Diharapkan dengan tutorial ini dapat memudahkan anda menyekat fungsi Apple Pay yang terpaut pada peranti Apple sekiranya hilang. Anda juga perlu kongsikan artikel kepada lebih ramai orang agar mereka juga boleh bertindak secepat mungkin apabila berlaku kehilangan pada masa kelak.

Buat anda yang masih belum mengaktfikan fungsi Apple Pay, boleh lanjutkan bacaan ke artikel di bawah untuk berbuat sedemikian.

Boleh Digunakan Secara Rasmi Di Malaysia, Ini Caranya Untuk Aktifkan Apple Pay

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell

Sumber
Exit mobile version