Apple sudah menawarkan MacBook Pro baharu kepada pasaran tempatan pada bulan ini. MacBook Pro yang dikuasakan dengan cip baharu ini telah menarik ramai minat pengguna professional untuk mendapatkannya. Terdapat sesetengah pengguna tempatan sudah mula menerima MacBook Pro M1 Max yang ditempahnya.

Menerusi ciapan @izuddinhelmi, beliau telah menceritakan pengalaman menggunakan MacBook Pro dengan cip M1 Max dalam kegunaan seharian.

https://twitter.com/izuddinhelmi/status/1463509683767889925?s=20

Pertama sekali, skrin paparan yang terdapat MacBook Pro 2021 iaitu jenis XDR dengan kecerahan mencapai 1600 nits dapat memaparkan konten dengan cukup jelas dan vibran. Malah, skrin Dell Ultrasharp juga tidak boleh menandingi kehebatan skrin MacBook Pro ini.

macbook pro 2021
Sumber Gambar: Twitter

Bercakap soal bateri pula, model ini berjaya menawarkan penggunaan pada tempoh yang panjang untuk memenuhi keperluan produktiviti pengguna seharian.

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, bateri MacBook Pro M1 Max masih lagi berbaki 87% walaupun sudah digunakan selama 4 jam. Difahamkan bateri ini mampu bertahan dengan panjang oleh kerana penggunaan cip Apple M1 Max baharu yang lebih efisien dalam pengurusan kuasanya.

macbook pro 2021
Sumber Gambar: Twitter

Pada kali ini, Apple membawakan rekaan yang sedikit berbeza dan ramai berpendapat ia tidak estetik seperti model sebelumnya. Akan tetapi, apabila komputer riba ini digunakan dalam kehidupan seharian, beliau berpendapatia sedap untuk dipegang dan tidak terasa tajam.

https://twitter.com/izuddinhelmi/status/1463509769918894082?s=20

Dari segi audio juga sudah seperti yang dijangkakan sangat baik kerana mempunyai speaker dua kali ganda lebih besar dan turut menyertakan ciri Spatial Audio.

Beliau sendiri merasakan prestasi speaker ini sangatlah baik seakan menggunakan speaker bluetooth keluaran JBL membuatkan pengalaman menonton konten lebih menyeronokkan.

Sumber Gambar: Twitter

Di samping itu, beliau juga mendapati tidak mengalami masalah heat atau MacBook Pro menjadi panas sewaktu penggunaan dan hanya terdapat sedikit suam-suam pada bahagian yang ditanda di atas apabila menjalankan perisian yang berat.

https://twitter.com/izuddinhelmi/status/1463509794753376260?s=20

Dari sudut prestasi pula, beliau berpendapat cip pemprosesan pertama keluaran Apple iaitu M1 sudah cukup berkuasa untuk melakukan kerja-kerja kreatif. Beliau juga turut memaklumkan memerlukan sekurang-kurangnya 16GB RAM untuk membuat multitasking dengan lebih lancar.

Sementara itu, untuk anda yang memerlukan kuasa pemprosesan yang tinggi, anda dicadangkan mendapatkan model dengan penawaran 32GB RAM.

macbook pro m1 max
Sumber Gambar: Twitter

Akhir sekali, beliau menambah lagi sebab mendapatkan MacBook Pro 2021 yang dikuasakan cip M1 Max adalah kemampuan menyokong external display tambahan sehingga 4 buah monitor sekalgisu.

Bagi mereka yang berkecimpung bidang kreatif semestinya memerlukan skrin tambahan untuk melakukan kerja dengan lebih terperinci serta kemampuan multitasking yang efisien.

MacBook Pro baharu sememangnya sebuah komputer riba yang cukup berkuasa tinggi dengan menyasarkan penggunaan golongan profesional. Malah, peningkatan produktiviti dalam seharian juga boleh dilihat kerana para pengguna boleh melakukan sebarang tugasan atau menjalankan perisian berat tanpa sebarang masalah tanpa mengira tempat.

Kini anda juga berpeluang mendapatkan model terbaru Apple MacBook Pro menerusi laman rasmi Apple dengan harga bermula daripada RM8,799.

MacBook Pro Dengan Cip M1 Terbaru Sedia Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM8,799

Lelaki Ini Kongsi 6 Faktor Penting Yang Membuatkan MacBook Pro Pelaburan Yang Berbaloi

Sumber