Lelaki Ini Kongsi Beberapa Kaedah Alternatif Mudahkan Proses Check In Dan Check Out Pada MySejahtera

Seperti yang kita sedia maklum, kemas kini aplikasi MySejahtera telah menambah fungsi terbaru iaitu Check Out bagi memudahkan penjejakan masa individu di suatu lokasi. Namun, sebahagian pengguna merasa leceh kerana terpaksa mengakses aplikasi tersebut untuk ditekan pada butang itu dan ada kalanya pengguna terlupa berbuat hal sedemikian.

Menerusi perkongsian Facebook yang dibuat oleh @Tanaikkeong, beliau telah membangunkan beberapa kaedah alternatif proses Check In dan Check Out yang lebih mudah serta praktikal bagi penggunaan seharian berbanding pengimbasan kod QR.

Daripada video yang disediakan, terdapat tiga kaedah alternatif yang boleh dipakai bagi memudahkan pengguna mendaftar masuk dan keluar di sesebuah premis yang merangkumi Siri, NFC dan iBeacon. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri tetapi masih dikira berbaloi untuk diimplementasi pada aplikasi MySejahtera.

Pertama sekali dengan menggunakan Siri, pengguna hanya perlu memberikan arahan menerusi suara dan aplikasi tersebut akan mendaftar masuk secara automatik.

Seterusnya, pengguna boleh memakai fungsi NFC dan iBeacon di mana telefon pintar hanya perlu dihalakan pada suatu sudut khusus yang direka untuk pendaftaran keluar dan masuk dan ianya akan disahkan menerusi wireless.

Dengan kehadiran kaedah alternatif yang lebih mesra pengguna sekiranya disertakan sebagai pendaftaran, pengguna pasti lebih cenderung untuk mendaftar masuk dan keluar pada setiap kali memasuki suatu premis. Yang pastinya, kerajaan akan dapat membuat penjejakan kontak dengan terperinci serta membendung rantaian COVID-19 sekaligus.

Baru-baru ini, KJ telah mengumumkan dengan pengenalan antara muka baru aplikasi MySejahtera menerusi kemasi kini yang terbaru.

https://www.thevocket.com/selepas-tetapkan-harga-siling-rtk-kj-umum-permudahkan-lagi-paparan-mysejahtera/

Kemas Kini Terbaru MySejahtera Memerlukan Pengguna ‘Check Out’ Selepas Keluar Dari Premis

Sumber
Exit mobile version