Sebenarnya terdapat pelbagai trik komputer yang boleh digunakan oleh kita untuk memudahkan sesuatu tugasan seharian. Salah satu daripadanya adalah dengan mengetahui cara untuk navigasi komputer menggunakan telefon pintar sahaja.
Menerusi perkongsian akaun TikTok @hazwanintegratedtech, beliau telah mengajar cara untuk navigasi komputer menggunakan telefon pintar. Anda hanya memerlukan perisian yang dikenali Spacedesk untuk berbuat sedemikian. Mari ikuti langkah-langkah di bawah untuk lebih lanjut.
1. Muat turun perisian Spacedesk dan pasang pada komputer dan telefon pintar yang mahu digunakan untuk navigasi. Aplikasi ini boleh digunakan untuk mana-mana platform termasuklah Windows, Android dan iOS.
2. Kemudian, buka perisian tersebut pada kedua-dua peranti untuk mendapatkan sambungan akses terlebih dahulu.
3. Selepas itu, aplikasi Spacedesk akan memautkan sambungan antara komputer dengan telefon pintar tersebut menerusi rangkaian WiFi yang sama. Oleh itu, anda perlu memastikan kedua-dua peranti telah disambungkan pada rangkaian WiFi yang sama.
4. Pada bahagian senarai sambungan utama, anda hanya perlu klik pada alamat IP yang terpapar pada senarai itu. Dengan langkah ini, anda sudah boleh terus mengakses komputer yang disambungkan lalu dinavigasi menerusi telefon pintar sahaja.
Untuk makluman, anda mestilah memastikan perisian kad grafik komputer sudah dikemas kini sekurang-kurangnya dengan versi 461.09 agar semua boleh berjalan lancar. Hal ini kerana perisian yang lama boleh menyebabkan komputer anda mengalami masalah bluescreen.
@hazwanintegratedtech Lepas ni kalau xda mouse utk laptop, xda masalah 😏. Guna je cara ni. Siapa pernah try? #TikTokGuru #LearnOnTiktok #TechTips #FYP #LaptopHacks #LaptopHit #LaptopTips #fypmalaysia
Trik ini sangatlah berguna buat anda yang mahu membentangkan sesuatu projek berseorangan lalu boleh menavigasi dengan mudah menerusi telefon pintar sahaja. Malah, ia juga boleh digunakan oleh para streamer yang memerlukan skrin kedua yang kebiasaannya untuk membaca komen penonton sementara skrin komputer menayang game yang sedang dimainkan.
Semoga dengan tutorial ini anda boleh menggunakan trik yang cukup menarik ini untuk menavigasi sesuatu perisian pada komputer menggunakan telefon pintar dengan mudah selepas ini. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai boleh memanfaatkannya kerana ia sangat berguna untuk kegunaan seharian.
Selain itu, anda juga boleh mempelajari cara mengesan peranti bluetooth yang tercicir dengan pantas menerusi aplikasi Wunderfind.
Ketahui Cara Kesan Peranti Bluetooth Yang Tercicir Dengan Pantas Menerusi Aplikasi Wunderfind
Kenali Aplikasi Khas Ini Dalam Memudahkan Persiapan Ujian Komputer Lesen Memandu