Kita pun sedia maklum Samsung merupakan pesaing terbesar dengan Apple terutamanya di dalam arena telefon pintar. Malah, syarikat Samsung sendiri sering berjenaka tentang produk Apple menerusi kempen iklan mereka.

Namun, siapa sangka di Vancouver terdapat seorang bekas pekerja Apple Store yang mempunyai nama mirip seperti pesaing terbesar mereka iaitu Sam Sung. Kini beliau mahu melelong kad nama yang digunakan beliau sewaktu berkerja untuk tujuan amal.

Sumber Gambar: Google eBay

Sebelum ini, Sam Sung telah bertukar di Apple Store yang terletak di Vancouver di antara 2010 hingga 2014. Kad nama yang digunakan semasa masih lagi kakitangan telah pun dilelong sebelum ini untuk kutipan amal.

Sebelum berpindah ke Vancouver, beliau juga pernah bekerja di Apple Store yang terletak di Glasgow, Scotland. Kad nama beliau semasa di Scotland berjaya ditemukan oleh ahli keluarganya dan kad ini pula dilelong pada kali ini.

Sumber Gambar: eBay

Beliau pada ketika ini mahu mengutip dana untuk pusat bantuan wanita di Vancouver. Menerusi laman bidaan eBay, kad ini sudah pun mencapai bidaan $485 (~RM2,169) dengan tempoh berbaki lima hari lagi. Sekiranya anda berminat, kini boleh di bida menerusi eBay.

Sebelum ini, kisah menarik berkenaaan seorang lelaki berjaya hidup dengan berbekalkan headphone razer daripada peluru sesat.

Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’

Alami Masalah Jantung, Apple Watch Sekali Lagi Jadi ‘Penyelamat’ Buat Lelaki Berusia 34 Tahun Ini

Sumber