Metaverse sudah menjadi salah satu benda yang wajib diterokai oleh syarikat gergasi pada hari ini. Terkini, Syarikat mainan LEGO baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan berkerjasama dengan Epic Games untuk inisiatif metaverse  yang menfokuskan kanak-kanak.

Dalam pengumuman itu, LEGO mengatakan bahawa dengan kolaborasi dapat membentuk metaverse masa depan yang lebih selamat dan menyeronokkan buat kanak-kanak dan keluarga. Jadi, boleh dikatakan LEGO mahu membangunkan sebuah dunia maya yang lebih ideal bagi perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam persekitaran yang unik.

Tambahan pula, pihak LEGO mengatakan bahawa mempunyai ruang digital yang mesra keluarga akan memberikan kanak-kanak akses kepada menerokai utilitinya untuk menghasilkan ciptaan serta bermain di dalam ruangan yang selamat dan positif. Untuk makluman, LEGO merupakan satu permainan blok yang boleh mencipta pelbagai objek seperti bangunan, kapal dan sebagainya.

Sebenarnya, LEGO sudah pun mempunyai pengalaman menghasilkan beberapa permainan serta filem sebelum ini. Jadi, kita boleh jangkakan projek metaverse ini juga sudah pasti dapat menawarkan pengalaman permainan yang menarik serta mesra keluarga seperti yang diharapkan dalam kolaborasi kali ini.

Selain itu, tahukah anda bahawa HSBC juga bakal menawarkan dunia maya tersendiri untuk memberi pengalaman yang unik buat pelanggannya?

HSBC Muncul Sebagai Penyedia Perkhidmatan Kewangan Global Pertama Sertai Dunia Metaverse

Bakal Hadir Dengan Projek Metaverse, Syarikat Sebalik NFT BAYC Dilaporkan RM16.87 Bilion

Sumber