Memiliki portable printer berbaloi sememangnya dapat memudahkan anda mencetak gambar atau dokumen dan juga resipi walau di mana jua pada bila masa-masa. Rekaan yang kompak dan juga penggunaan bateri padanya sekaligus senang untuk dimuatkan dalam beg sandang.

Malah, kini terdapat pelbagai jenama di pasaran yang sedia menawarkan portable printer dengan harga berpatutan. Mari kita lihat enam pilihan portable printer yang boleh didapatkan di Shopee pada hari ini.

1. Poooli A4 Mini Thermal Transfer Printer

Sumber Gambar: Shopee

Poooli A4 Mini Thermal Transfer Printer ini sesuai untuk pelajar atau pekerja yang mahukan sesebuah printer yang kompak serta boleh mencetak sejumlah fail atau imej dengan mudah pada bila-bila masa. Pooli ini juga menawarkan ketumpatan cetakan 300dpi yang dapat memastikan setiap kandungan dicetak dengan jelas.

Anda boleh menggunakan aplikasi khas untuk mencetak fail atau gambar yang diingini denga mudah. Model ini dimuatkan dengan bateri sebesar 2,000mAh yang mana boleh dicas semula dengan pantas menerusi port USB-C yang terbina. Ditambah pula ia berupaya untuk mencetak sebanyak 70 halaman A4 sekaligus.

Portable printer keluaran Poooli ini boleh didapatkan di Shopee dengan harga RM239 sahaja.

Beli Sekarang Poooli A4 Mini Thermal Transfer Printer

2. GalaxyDanilo A4 Portable Printer

Sumber Gambar: Shopee

GalaxyDanilo ini hadir dengan rekaan yang kompak yang beratnya sekitar 1.4kg sahaja. Ditambah pula dengan ketahanan bateri selama 72 jam sekaligus membolehkan ia beroperasi tanpa penggunaan wayar fizikal. Anda juga diberi dua pilihan sambungan untuk mencetak sama ada menerusi bluetooth dan juga port USB.

Model ini boleh mencetak saiz kertas A4 jenis thermal dengan kelajuan 45mm/s dan mempunyai ketumpatan cetakan sehingga 203dpi. Printer ini boleh digunakan pada peranti Android, iOS dan juga Windows. Menariknya, tiada penggunaan dakwat dan hanya perlu diganti kertas sahaja untuk penggunaan seterusnya.

Anda boleh dapatkan GalaxyDanilo A4 Portable Printer dengan harga serendah RM479.99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang GalaxyDanilo A4 Portable Printer

3. Peripage A4 Portable Printer

portable printer berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda boleh mencuba sebuah portable printer berbaloi keluaran Peripage. Model yang ditawarkan tampil dengan rekaan yang menarik dalam masa yang sama boleh berfungsi untuk mencetak pada bila-bila masa. Kapasiti bateri sebesar 5,200mAh ini mampu digunakan untuk mencetak secara berterusan selama tiga jam.

Di samping itu, anda juga diberi pilihan untuk memuatkan beberapa pilihan saiz kertas yang mana bukan terhad pada A4 sahaja. Memandangkan model ini merupakan jenis thermal printer, maka anda tidak mengganti sejumlah komponen yang kompleks seperti  terdapat pada printer yang biasa.

Kini Peripage A4 Portable Printer ini sedia ditawarkan dengan harga RM529 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Peripage A4 Portable Printer

4. HP OfficeJet 250 Mobile All-in-One Printer

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, jenama terkemuka HP turut menawarkan sebuah portable printer yang serba canggih untuk memudahkan urusan cetakan fail atau dokumen pada bila-bila masa menerusinya. Bukan sahaja dilengkapi paparan skrin LCD untuk melihat tetapan sesuatu cetakan, malah anda boleh memautkan printer ini dengan mudah menerusi bluetooth atau teknologi WiFi yang terbina.

Antara kelebihan lain yang disertakan termasuklah kemampuan untuk mengimbas dan menyalin dokumen secara automatik. Selain mempunyai ketahanan bateri yang lama, ia boleh beroperasi untuk mencetak dengan pantas tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Anda turut boleh mencetak sebanyak 50 kertas sekaliguss dalam satu-satu masa.

Jika anda berminat dengan HP OfficeJet 250 Mobile All-in-One Printer ini, kini boleh dapatkan dengan harga RM618 melalui Shopee.

Beli Sekarang HP OfficeJet 250 Mobile All-in-One Printer

5. HRPT MT800 Wireless Printer

portable printer berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Model MT800 ini mampu menawarkan solusi cetakan buat para profesional mahupun pelajar yang sering mempunyai tugasan yang perlu dihantar dalam bentuk dokumen fizikal. Dengan MT800, anda boleh mencetak sebarang konten pada kualiti tinggi dengan kadar cetakan yang pantas.

Bukan itu sahaja, anda boleh pilih sama ada mahu menggunakan USB atau pun sambungan secara wireless untuk menghantar fail yang ingin dicetak pada printer tersebut. Menariknya, terdapat ciri pengesan kedudukan kertas yang sangat berguna kerana dapat memastikan setiap cetakan akan berada di dalam keadaan yang teratur.

Anda boleh dapatkan HRPT MT800 Wireless Printer pada harga RM806 di Shopee.

Beli Sekarang HRPT MT800 Wireless Printer 

6. Canon PIXMA TR150 Portable Printer 

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, antara pilihan pengguna di luar sana adalah Canon PIXMA TR150 Portable Printer. Model TR150 ini hadir dengan ciri cetakan yang komprehensif kerana mampu menawarkan cetakan berwarna berbanding jenama lain. Dengan adanya skrin 1.44-inci OLED boleh memudahkan anda membuat pemantauan bagi setiap operasi cetakan menerusinya.

Seperti model lain, model ini juga menyokong cetakan kandungan daripada peranti anda dengan menggunakan aplikasi khasnya. Selain itu, anda boleh mencetak sebanyak 350 halaman dalam satu pengecasan penuh. Bateri yang disertakan juga mempunyai ketahanan yang tinggi dan boleh dicas semula menerusi port USB 2.0.

Anda boleh dapatkan model TR150 dengan penawaran harga RM1,456 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Canon PIXMA TR150 Portable Printer 

Berdasarkan kesemua pilihan model yang disenaraikan, portable printer berbaloi yang patut didapatkan adalah Canon PIXMA TR150 Portable Printer oleh kerana kualiti cetakan yang cukup cemerlang serta boleh beroperasi dengan baik untuk jangka masa panjang. Kebolehan cetakan berwarna juga merupakan perkara penting jika anda memerlukannya.

Diharapkan dengan senarai model-model ini dapat memudahkan anda membuat pilihan mengikut bajet dan keperluan seharian. Dengan memiliki portable printer ini jugalah dapat meningkatkan produktiviti tugasan kerana sebarang fail atau dokumen penting boleh dicetak kepada fizikal pada bila-bila masa walau di mana jua.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui laptop mampu milik yang dijual pada harga bawah RM3,000 untuk kegunaan pembelajaran atau tugasan profesional.

5 Laptop Mampu Milik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM3,000 Menerusi Shopee

6 Aksesori Laptop Yang Wajib Anda Dapatkan Untuk Tingkatkan Produktiviti Seharian