Tahukah anda kini mempunyai cara membayar bil elektrik menerusi aplikasi myTNB sahaja?Jadi, anda sudah tidak perlu lagi beratur untuk membuat pembayaran bil di kaunter fizikal.

Dalam aplikasi myTNB ini, anda boleh mengakses pelbagai maklumat berkaitan penggunaan elektrik di sesebuah kediaman atau premis dengan mudah. Buat anda yang mahu mencubanya, boleh ikuti tutorial cara membayar bil elektrik dengan mudah seperti di bawah ini.

1. Muat turun aplikasi myTNB daripada Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery .

2. Buat pendaftaran kali pertama, anda hanya perlu klik Daftar dan isi maklumat anda pada ruangan yang disediakan.

Sumber Gambar: Aplikasi myTNB

3. Setelah anda siap mendaftar, boleh masukkan maklumat berkaitan emel dan kata laluan pada halaman utama untuk Log Masuk.

cara membayar bil elektrik
Sumber Gambar: Aplikasi myTNB

4. Seterusnya, anda diminta untuk menambah akaun bil elektrik sebaik berjaya melog masuk. Di sini, anda boleh memilih sama ada sebagai pemilik akaun elektrik tersebut dengan klik Ya atau pun hanya sebagai penyewa atau wakil untuk membayar bil elektrik premis tersebut dengan klik Tidak.

cara membayar bil elektrik
Sumber Gambar: Portal MyTNB Ipsum

5. Selepas itu, anda tekan teruskan menambah akaun untuk menambah maklumat akaun bil secara manual.

Sumber Gambar: Aplikasi myTNB

6. Klik tambah nombor akaun dan masukkan akaun nombor bil anda. Anda boleh dapatkan nombor akaun elektrik pada bahagian atas bil yang diterima secara rasmi daripada pihak TNB.

cara membayar bil elektrik
Sumber Gambar: Aplikasi myTNB

7. Akhir sekali, anda hanya perlu mengesahkan akaun lalu klik Selesai. Dengan ini, anda sudah menggunakan aplikasi untuk membayar bil elektrik semasa secara dalam talian menerusi aplikasi MyTNB.

Sumber Gambar: Aplikasi myTNB

Selain membayar bil elektrik, anda juga boleh membuat semakan semula bil sekiranya terdapat keraguan, memantau kadar penggunaan elektrik setiap bulan dan juga memberi maklum balas kepada pihak TNB. Menariknya, anda boleh menambah sejumlah akaun bil elektrik tanpa sebarang had menerusi satu aplikasi.

Kini anda boleh membayar bil elektrik dengan mudah menerusi hujung jari sahaja. Malah, anda juga berupaya menguruskan akaun bil elektrik ibu bapa yang mungkin tinggal di kampung serta memantau penggunaan elektrik secara berkala pada mana-mana akaun yang ditambah pada aplikasi.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui solusi terbaik untuk mengatasi masalah ketiadaan GPS pada Waze secara tiba-tbia.

Ini Solusi Terbaik Yang Anda Boleh Guna Sekiranya Ketiadaan GPS Pada Waze Secara Tiba-Tiba

Ini Caranya Memohon Refund Daripada Touch ‘n Go Sekiranya Kad Hilang Atau Tamat Tempoh

Sumber