Majoriti daripada kita pasti memiliki lebih daripada satu peranti untuk kegunaan seharian. Dengan memiliki pengecas pantas GaN, para pengguna berpeluang mengecas sejumlah peranti sehingga penuh dalam masa singkat sahaja.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pengecas ini dengan pelbagai pilihan yang berbaloi di dalam pasaran. Mari kita lihat enam pilihan pengecas pantas GaN yang boleh didapatkan menerusi Shopee.

1. Mcdodo GaN Portable Charger

pengecas pantas GaN
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mencuba sebuah pengecas GaN keluaran jenama Macdodo yang ditawarkan pada harga berbaloi. Pengecas ini dilengkapi dengan dengan dua port USB-C yang menyokong pengecasan pantas 65W dan satu port USB-A. Rekaan pula sangat kompak membuatkan ia mudah untuk dimuatkan ke dalam beg.

Menariknya, pengecas GaN ini juga boleh menyokong pengecasan peranti yang lebih berkuasa seperti laptop sekaligus tidak perlu membawa pengecas yang lain. Pengecas ini juga sudah hadir dengan teknologi GaN 3.0 yang mampu mengalirkan arus dengan efisien dan tidak mudah panas.

Kini anda boleh dapatkan pengecas Macdodo dengan harga serendah RM99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Mcdodo GaN Portable Charger

2. Baseus GaN Quick Charger 4.0

Sumber Gambar: Shopee

Jenama Baseus juga menjadi pilihan ramai dalam mendapatkan aksesori elektronik pada pada harga marhaen. Pengecas Baseus hadir dengan sokongan mengecas pelbagai peranti dengan kadar pengecasan mencapai 65W. Bukan itu sahaja, pengecas ini hadir dengan lampu LED untuk memberitahu pengecasan pantas beroperasi.

Model ini  mempunyai cip pintar yang boleh mengesan kadar arus yang diperlukan sesebuah peranti dan boleh mengalirkan tenaga secara efisien. Dengan kelajuan pengecas 65W, sesebuah notebook boleh dicas penuh dalam satu setengah jam sahaja.

Kini anda boleh dapatkan Baseus GaN Quick Charger 4.0 pada harga RM119 melalui Shopee.

Beli Sekarang Baseus GaN Quick Charger 4.0

3. Momax GaN Charger 

Sumber Gambar: Shopee

Dengan harga di bawah RM150, anda boleh mendapatkan sebuah pengecas GaN yang berkualiti untuk kegunaan seharian. Dari segi rekaan, pengecas ini sangat kompak dan tahan lasak sekaligus boleh digunakan untuk jangka masa panjang. Pengecas ini dibekalkan dua USB-C dan satu USB-A yang boleh menyokong pengecasan 65W.

Seperti pengecas GaN lain, anda juga boleh gunakan untuk mengecas laptop dengan mudah menerusi satu pengecas sahaja. Di samping itu, pengecas ini hadir dengan teknologi GaN terkini yang mampu mengurus arus elektrik dengan baik agar jangka hayat peranti anda boleh bertahan lebih lama.

Sekiranya anda berminat dengan pengecas ini, sekarang sedia ditawarkan dengan harga RM123.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Momax GaN Charger 

4. UGREEN 100W GaN Charger

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda memerlukan sebuah pengecas GaN yang mana sangat berguna dalam seharian. Pengecas GaN ini dilengkapi dengan beberapa port USB-C yang satu daripadanya menyokong pengecasan pantas sehingga 100W serta hadir dengan satu tambahan port USB-A.

Rekaan pula sangatlah kompak yang membuatkan ia mudah untuk dimuatkan pada ruangan kecil di dalam beg anda. Menerusinya, terdapat teknologi Gan terkini yang mampu memastikan aliran arus yang lebih efisien dan mampu beroperasi sepanjang masa dengan suhu yang rendah.

Pengecas GaN keluaran UGREEN ini sedia ditawarkan dengan harga RM218.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang UGreen 100w GaN Charger

5. AUKEY GaNTech PD Charger

pengecas pantas gan
Sumber Gambar: Shopee

Aukey juga merupakan salah jenama yang dipercayai oleh para pengguna sejak sekian lama. AUKEY sedia menawarkan sebuah pengecas GaN yang serba canggih dan berkualiti. Pengecas Aukey boleh mengecas dengan kadar 90W secara terus tanpa mengira jenis peranti termasuklah Nintendo Switch, laptop dan sebagainya.

Tidak hanya berkuasa tinggi, malah ia boleh menguruskan arus elektrik dengan baik sewaktu pengecasan kerana mempunyai cip pintar yang disertakan sebagai ciri keselamatan. Rekaan juga sangat kompak dan minimalis sekaligus memudahkan penggunaan menerusinya.

ANda boleh dapatkan pengecas GaN AUKEY ini dengan tawaran harga RM179 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang AUKEY GaNTech PD Charger

6. Anker A2667 GaN Fast Charger

pengecas pantas gan
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mencuba pengecas daripada Anker yang sememangnya berkualiti dan berbaloi. Selain mempunyai rekaan yang kukuh, pengecas ini juga mempunyai sokongan pengecasan pantas mencapai 65W yang boleh digunakan pada sejumlah peranti yang berkuasa.

Anda boleh mengecas pantas sebanyak tiga peranti secara serentak sekaligus menjimatkan masa pengecasan dalam seharian. Malah, pengecas Anker juga menyokong majoriti peranti daripada pelbagai jenama untuk menggunakan ciri pengecasan pantas tersebut.

Kini anda boleh dapatkan pengecas keluaran Anker yang ditawarkan pada harga RM269 di Shopee.

Beli Sekarang Anker A2667 GaN Fast Charger

Sekiranya dilihat kesemua pengecas GaN yang disenaraikan, UGREEN 100W GaN Charger memberikan pulangan yang berbaloi kerana mempunyai sokongan pengecasan 100W serta mempunya bilangan port yang lebih banyak. Jenama UGREEN juga sudah terbukti bakal menawarkan produk yang berkualiti buat para peminatnya.

Pengecas pantas GaN sudah menjadi satu aksesori keperluan buat anda yang mahu mengecas sejumlah peranti dalam satu-satu masa sekaligus serta mudah untuk dibawa di dalam beg. Malah, anda juga akan melihat tahap produktiviti turut akan meningkat kerana kesemua peranti akan sentiasa berada dalam bateri penuh.

Ketahui juga 6 aksesori laptop yang wajib anda dapatkan untuk tingkatkan produktiviti seharian dengan klik pautan di bawah.

6 Aksesori Laptop Yang Wajib Anda Dapatkan Untuk Tingkatkan Produktiviti Seharian

Lebih Moden Dan Kompak, Ini 6 Pilihan Smart TV 32-Inci Yang Berbaloi Dibeli Di Shopee

 

Sumber