Seperti yang ramai sedia maklum, Malaysia pada ketika ini telah dilanda dengan wabak Omicron yang sekaligus membuatkan negara ini mencatatkan angka kes yang mengerikan setiap hari.

Hal ini secara tidak langsung turut membuatkan orang ramai memilih untuk berada di rumah serta mengelakkan berada di tempat awam termasuk pawagam meskipun sudah dibenarkan beroperasi oleh pihak kerajaan.

Dalam pada itu, mengelakkan memasuki pawagam bukanlah penghalang khususnya buat peminat filem, siri serta aplikasi penstriman dalam membolehkan para peminat atau kaki filem berhibur dengan seleksi konten terbaru menerusi LUMOS NANO.

Untuk pengetahuan, LUMOS NANO merupakan sebuah projektor yang hadir dengan saiz serendah 10cm sahaja serta mampu memancarkan tayangan untuk seisi keluarga di rumah beserta penyertaan speaker yang memuaskan. Berikut merupakan 5 sebab utama mengapa LUMOS NANO wajar menjadi pilihan khusus buat kaki filem.

1. Menawarkan pencahayaan sehingga 1,500 lumens

Dalam mencari sesebuah projektor, pastinya anda mahukan tiada cacat cela sewaktu menonton filem dan siri yang mungkin membuatkan pengalaman menonton terganggu.

Menerusi LUMOS NANO, projektor ini menyokong sehingga 1,500 lumens serta menggunakan teknologi DLP sekaligus memberikan gambar yang terang dan jelas buat para penonton.

Untuk pengetahuan, teknologi DLP merupakan sebuah teknologi pencahayaan yang mampu memancar pencahayaan yang terang dalam menawarkan warna terbaik untuk tontonan serta mengelakkan daripada tontonan kabur sewaktu pencahayaan rendah.

Para pengguna dan penonton tidak lagi bakal mengalami masalah kurang puas ketika menonton sesebuah video berikutan paparan yang kurang jelas atau malap. Ini yang dimahukan para pengguna bukan?

2. Tidak perlu ruang yang besar

Kerap menjadi masalah kepada orang ramai di mana ruang yang besar diperlukan untuk sesebuah projektor menawarkan paparan yang besar. Namun perkara ini tidak terjadi kepada LUMOS NANO kerana model ini hanya perlukan jarak 3 meter untuk memaparkan paparan 100-inci.

Bukan itu sahaja, para pengguna turut berpeluang memancar LUMOS NANO terus ke siling bilik membolehkan para pengguna menonton seleksi filem atau siri pilihan sewaktu baring sahaja. Menarik bukan?

3. Dilengkapi dengan speaker terbina

Seringkali apabila mendapatkan projektor, pengguna sekadar mendapat sebuah projektor dengan talaan cahaya tanpa output audio. Memahami masalah pelanggan, LUMOS NANO berjaya menyelesaikan masalah ini dengan menawarkan speaker terbina.

Lebih menarik, LUMOS NANO bukan sahaja ditawarkan bersama speaker, malah dilengkapi dengan teknologi Dolby Audio sekaligus membuatkan pengalaman menonton filem, siri atau aplikasi penstriman pilihan anda menjadi lebih menarik.

4. Dilengkapi Netflix, YouTube Dan Phone Mirror Cast

Dua aplikasi penstriman dan menonton video popular iaitu Netflix dan YouTube turut disertakan pada projektor ini. Menggunakan sistem operasi Android 9.0, anda boleh terus memilih aplikasi yang ingin diakses dengan mudah dan pantas.

Nak tahu apa yang lebih awesome? LUMOS NANO turut menyokong wireless mirror casting. Dalam erti kata lain, anda boleh terus memaparkan apa yang dipaparkan telefon pintar anda terus ke paparan projektor semudah sambungan Wi-Fi.

Bukan sekadar video yang disokong, anda juga mampu memaparkan paparan daripada aplikasi Zoom, Spotify, PUBG dan juga terus melalui PS5 anda. Menarik bukan?

Harga

Menyoal dari segi harga, LUMOS NANO sedia untuk didapatkan dengan harga RM1,499 beserta waranti satu tahun. Sebuah harga yang sangat berbaloi melihatkan kepada pakej yang ditawarkan pada sebuah peranti kompak dengan berat 400gram.

Bukan itu sahaja, review daripada lebih 1,000 pengguna daripada para pengguna selebriti jelas menunjukkan LUMOS selaku jenama syarikat tempatan berjaya mencapai tahap kepuasan tertinggi pengguna di mana 96% pengguna mengesyorkannya dengan memberi 5 bintang.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya secara dalam talian dengan klik di sini di mana produk ini sedia ditawarkan khusus buat pengguna di Malaysia dan Singapura. Ayuh! Apa tunggu lagi, mungkin ini peranti yang anda perlukan selama ini untuk menonton filem, siri atau aplikasi penstriman bersama keluarga di rumah.

Tular pada minggu ini apabila stesen Metro Moscow dilaporkan sesak selepas pembayaran Apple dan Google Pay dilaporkan tidak lagi beroperasi.

Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine