Sehingga ke hari ini, isu kandungan lucah masih menjadi fokus utama oleh pihak kerajaan untuk membendung ia dari diakses oleh pengguna tempatan. Pelbagai sistem diperkenalkan di Malaysia dalam usaha menyekat akses laman-laman lucah yang akan mempengaruhi anak muda ke arah negatif.

Menerusi laporan BERNAMA, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun semalam berkata di Malaysia 106,764 alamat IP telah dikesan terlibat dengan perkongsian kandungan lucah bawah umur dari 2017 hingga Ogos 2022.

Sumber Gambar: Business Istock

Ini adalah isu yang membimbangkan kerana jumlah IP yang dikesan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Lebih merisaukan, perkongsian kandungan tersebut yang dibuat secara meluas di internet akan mendorong kepada isu jenayah seksual dan ketagihan porno yang lebih teruk.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam membendung perkara ini daripada terus berlaku. Anda juga diingatkan untuk tidak mengakses atau berkongsi kandungan lucah di internet kerana bukan sahaja ia satu tindakan terkutuk malah dilarang sama sekali oleh ajaran agama kita.

Pada Januari lalu, berlakunya satu siri serangan siber yang menyasarkan pengguna Facebook tempatan untuk menyebarkan pautan laman lucah.

Pengguna Facebook Tempatan Dakwa Akaun Sebar Pautan Laman Web Lucah Tanpa Sedar

Seorang Pekerja Meta Dipecat Selepas Hantar Mesej Lucah Kepada Budak Bawah Umur