Sebut mengenai Lazada mungkin ramai yang tahu mengenai platform e-dagang ini. Sebelum ini, platform ini berjaya rumah dan kereta dimana ianya dianggap sebuah inovasi terbaru di dalam platform e-dagang.
Terbaru, Lazada ternyata turut menawarkan teman lelaki sempena kempen Hari Raya Cina iaitu ‘Slash The Leng Chai’ yang mengkhususkan buat para wanita yang masih belum mempunyai teman lelaki sempena raya ini. Berikut merupakan antara teman lelaki yang ditawarkan dimana para ‘pembeli’ berpeluang memilihnya
Melalui kempen terbaru ini, anda boleh memulakannya dengan klik disini untuk memilih senarai teman lelaki yang tersedia, kemudian dapatkan 48 slash berdasarkan syarat-syarat tertentu. ‘Pembeli’ bertuah bakal berpeluang meluangkan masa besama Teman Lelaki pilihan pada 26 Januari 2019 di rumah penjagaan warga emas.
Melihat kepada gaya promosi Lazada ini, kami tertanya-tanya apa lagi yang bakal ditawarkan Lazada ini setelah menawarkan teman lelaki, rumah dan kereta.
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.