NFT merupakan salah satu medium yang sedia digunakan untuk tujuan mengumpul dana atau bantuan seperti yang dibuat sewaktu dalam krisis Rusia-Ukraine. Walaupun begitu, pihak perbankan mendapati saluran ini mudah disalah gunakan oleh entiti yang tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, kumpulan pengganas ISIS kini dikesan telah menawarkan koleksi NFT tersendiri di laman dagangan terkemuka NFT iaitu OpenSea pada 26 Ogos lalu menurut laporan Wall Street Journal. Sebanyak tiga NFT yang memberikan sokongan kepada ISIS ini telah pun ditarik semula sebelum sempat ia dijual.

Sumber Gambar: Wall Street Journal

Menurut pegawai perisikan Amerika Syarikat, ini adalah kali pertama sebuah NFT digunakan untuk memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas. Malah, timbul kerisauan medium NFT boleh digunakan oleh penyokong untuk mengutip dana bagi menyokong perjuangan ISIS.

Dana yang diberikan menerusi blockchain secara dasarnya sukar dijejaki oleh pihak berkuasa. Jadi, banyak entiti yang akan menggunakan NFT atau kriptowang sebagai alternatif kepada online transfer yang biasa digunakan oleh orang ramai.

Sebelum ini, Johnny Depp dilaporkan telah menyumbang hasil jualan NFT bernilai RM3.4 juta kepada badan amal.

Johnny Depp Sumbangkan Hasil Jualan NFT Bernilai RM3.4 Juta Kepada Badan Amal

Projek Galeri Maya Dan NFT Menfokuskan Kepada Legasi Tun Mahathir Diumumkan