Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bercakap berkaitan penawaran rangkaian 5G di Malaysia, para pengguna masih belum mendapatkan akses sepenuhnya untuk seluruh negara. Namun, tahukah Malaysia merupakan antara negara mempunyai rangkaian 5G terpantas di dunia yang direkodkan oleh penganalisa terkemuka?

OpenSignal kini berkongsikan dapatan laporan terkini berkenaan rangkaian 5G di dunia. Menerusinya, Kuala Lumpur didapati mempunyai kelajuan rangkaian 5G antara terbaik di dunia. Mengikut data tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan kedudukan kedua tertinggi dari segi kadar muat-turun 5G dengan purata sekitar 376.6Mbps.

Sumber Gambar: OpenSignal

Menariknya, Kuala Lumpur secara khususnya berjaya menduduki tangga pertama di dunia dari segi kadar muat naik 5G dengan kelajuan 52.8Mbps sekaligus mengatasi pelbagai bandar-bandar lain di dunia. Malah, Korea juga berada di belakang Malaysia dengan kadar kelajuan sekitar 40.6Mbps.

Namun begiut, pihak OpenSignal juga mengingatkan yang mana buat masa ini rangkaian 5G di Kuala Lumpur hanya ditawarkan oleh YES serta mempunyai angka pengguna yang rendah berbanding syarikat telekomunikasi di negara-negara lain.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Sumber Gambar: OpenSignal

Dari segi capaian perkhidmatan 5G, di Kuala Lumpur dilihat hanya pada kadar sekitar 10.9% berbanding Korea Selatan yang mencapai 43.4%. Hal ini sekaligus memperlihatkan liputan rangkaian 5G masih rendah dan tidak menyeluruh lagi di Malaysia.

Bagaimanapun, perkara ini akan berubah kerana kerajaan telah menyasarkan pelbagai syarikat telekomunikasi mulai menawarkan rangkaian 5G seawal September kelak. Dengan perkembangan baru ini, diharapkan Malaysia dapat mengekalkan kualiti rangkaian 5G di tangga teratas sebaik ia ditawarkan secara meluas.

Sementara itu, pihak kerajaan juga telah memilih Ketereh sebagai hab digital luar bandar dengan liputan 5G pertama di Malaysia.

Ketereh Muncul Sebagai Hab Digital Luar Bandar Dengan Liputan 5G Pertama Di Malaysia

6 Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia Bersetuju Sertai DNB Untuk Pelaksanaan 5G