Shiba Inu merupakan salah satu kriptowang yang menduduki tangga teratas di dalam carta kriptowang pada hari ini dan popularitinya kian meningkat di kalangan peminat kripto. Oleh itu, Shiba Inu dilihat sebagai pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

Pada hari ini, kriptowang Shiba Inu (SHIB) telah merekodkan pencapaian baharu dengan jumlah keseluruhan pemegang seramai 1 juta orang. Ini menunjukkan peningkatan yang sangat drastik dalam bilangan pemegang token sejak beberapa bulan sebelumnya. Untuk makluman, hanya beberapa jenis coin sahaja yang berjaya mencapai jumlah pemegang sebesar itu.

Sumber Gambar: Finbold

Kriptowang Shiba Inu dilihat masih kukuh sehingga ke hari ini oleh disebabkan sokongan kuat pemegangnya yang dikenali sebagai ‘ShibArmy’ sejak mulai diperkenalkan. Malah, penggunaan SHIB sebagai pembayaran sudah mula diadaptasi secara meluas di serata dunia.

Dijangka kriptowang berkenaan masih relevan sehingga tahun hadapan walaupun terdapat penyusutan nilai yang berlaku pada bulan-bulan tertentu. Bahkan, Shiba Inu masih menjadi pilihan popular di kalangan pelabur di luar sana dengan penambahan jumlah pemegang yang cukup besar sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, anda masih disarankan untuk berhati-hati apabila membuat pelaburan di dalam kriptowang kerana susut naik nilainya yang tidak menentu. Wang yang ditukar menjadi kriptowang juga bukan mudah untuk dikeluarkan kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti terlebih dahulu.

Pada akhir bulan lalu, seorang lelaki telah berjaya bergelar billionair selepas kriptowang Shiba Inu yang dimiliki telah melonjak naik nilainya.

Dalam Tempoh 14 Bulan Sahaja, Lelaki Ini Menjadi Bilionair Menerusi Pelaburan Kriptowang Shiba Inu

Tim Cook Akui Mempunyai Pegangan Dalam Kriptowang Bagi Tujuan Pelaburan