Mula diumumkan pada awal Jun, penantian orang ramai mengenai tarikh tebusan kredit ePenjana sebanyak RM50 akhirnya terjawab. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas serta memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 berpeluang untuk menebus kredit ePenjana bermula hari ini.

Menerusi kredit ePenjana yang ditawarkan, para pengguna berpeluang untuk menebus menggunakan salah satu daripada tiga aplikasi e-wallet terpilih iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go Wallet.

2006078-MySejahtera-ePenjana-kerajaan-Malaysia
Sumber: soyacincau

Untuk pengetahuan, tebusan kredit ePenjana ini sedia ditawarkan bermula 31 Julai 2020 sehingga 24 September 2020 serta berpeluang untuk digunakan sehingga 30 September 2020 sahaja.

Para pengguna yang layak untuk menebus perlu memuat-turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu serta mendaftarkan diri bagi tujuan penebusan kredit.

Difahamkan kredit ePenjana ini ditawarkan pihak kerajaan dalam usaha untuk merancakkan lagi penggunaan pembayaran secara digital menerusi era norma baharu. Setakat ini, pembelian secara fizikal sahaja dibenarkan.

Pada 29 Julai lalu, PM telah mengumumkan lanjutan moratorium bersasar kepada golongan yang memerlukan.

https://www.thevocket.com/pm-umum-lanjutan-moratorium-dan-bantuan-bank-bersasar-selama-3-bulan-kepada-golongan-memerlukan/

https://www.thevocket.com/kredit-e-wallet-bernilai-rm50-bakal-ditawarkan-pada-penghujung-julai-ini/