Pada bulan lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit e-wallet bernilai RM50 buat rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun. Pengumuman yang dibuat awal lalu tanpa tarikh penawaran sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya tarikh pemberiannya.
Terbaharu, pihak kerajaan telah menjadualkan penawaran e-wallet bernilai RM50 pada penghujung bulan Julai 2020. Kenyataan ini turut disahkan menerusi temuramah ringkas bersama Menteri Kewangan Malaysia.
Penawaran e-wallet ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merancakkan lagi industri dompet digital digital serta membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan kehadiran wabak COVID-19.
Dalam pada itu, mekanisma penawaran wang ini masih belum dijelaskan secara sepenuhnya sehingga kini. Para pengguna diminta untuk memuat turun aplikasi MySejahtera yang tersedia pada platform Android dan juga iOS untuk menerima penawaran wang bernilai RM50 daripada kerajaan ini.
Sejurus selepas pihak kerajaan mengumumkan pemberian wang melalui aplikasi MySejahtera, aplikasi ini dilaporkan ‘hang’ seketika berikutan jumlah pengguna yang mendaftar secara serentak.
https://www.thevocket.com/aplikasi-mysejahtera-hang-selepas-orang-ramai-mahu-menebus-kredit-e-wallet-rm50/
https://www.thevocket.com/pas-my30-serendah-rm1-sehari-dan-kredit-e-wallet-rm50-oleh-kerajaan-jadi-tumpuan-netizen/