Fon telinga wireless telah menjadi kegemaran orang ramai disebabkan fleksbiliti dan kemudahan di bawa ke mana-mana sahaja. Terbaharu, HUAWEI Malaysia telah berkongsi tentang fon telinga wireless terbaharu mereka iaitu FreeBuds Lipstick yang bakal ditawarkan di dalam pasaran Malaysia pada 20 November kelak.

Seperti namanya, anda boleh menjangkakan fon telinga wireless ini pasti membawakan ciri yang lebih feminin untuk para wanita di luar sana. Rekaan sarungnya kelihatan seperti gincu bersama fon telinga berwarna merah berkilau tampak sangat unik dan eksklusif. Fon telinga ini bakal menjanjikan pengalaman audio yang unggul dan lebih pintar.

Sumber Gambar: Huawei
Sumber Gambar: Huawei

HUAWEI FreeBuds Lipstick didatangkan dengan sokongan pembatalan hinggar aktif dual-microphone dan juga teknologi pembatalan hinggar AEM yang boleh menghasilkan resolusi bunyi yang baik di dalam sebarang situasi menerusinya. Selain itu, ia juga hadir dengan beberapa kawalan gestur pada batangnya seperti swipe, tekan dan isyarat tekan.

Untuk pengalaman pendengaran yang lebih baik, HUAWEI juga menambah mod adaptif pemadanan telinga yang mampu mengubah suai bunyi berdasarkan bentuk telinga anda. Ditambah pula keupayaan untuk merakam percakapan pada kualiti HD menerusi mikrofon yang terbina berserta sokongan latensi audio serendah 90ms apabila disambungkan bersama peranti.

fon telinga
Sumber Gambar: HUAWEI

Mengulas mengenai bateri, model ini dijangka bakal menawarkan masa penggunaan selama 4 jam tanpa  ANC atau 2.5 jam untuk memainkan musik bersama pengaktifan ANC untuk satu pengecasan penuh.

Menerusi teaser yang dikongsikan, harga yang ditawarkan untuk sebuah HUAWEI FreeBuds Lipstick akan ditawarkan melebihi RM1,000 iaitu jauh lebih mahal berbanding model-model keluaran sebelum ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran pada minggu hadapan untuk mengetahui harga sebenar fon telinga TWS terbaharu mereka ini.

Pada awal bulan ini, adidas juga sudah melancarkan 3 fon teling tws dengan rekaan yang menarik yang bersesuaian digunakan sewaktu bersukan.

adidas Lancarkan 3 Fon Telinga TWS Penuh Gaya Dengan Harga Bermula Daripada RM415

Samsung Galaxy Buds2 Ditawarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM499

Sumber