KPM Mengarahkan Guru Elak Buat ‘Live’ Ketika Sedang Mengajar Dalam Kelas

Sudah menjadi satu trend pada hari ini membuat live di media sosial sewaktu berkerja sehingga menimbulkan persoalan berkaitan integriti dan sikap profesional oleh para netizen. Perkara ini sudah dikesan secara meluas termasuklah sebahagian guru yang berbuat sedemikian.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan kini telah mengarahkan para guru di seluruh negara supaya tidak melakukan dan mengelak daripada membuat siaran langsung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Hal ini kerana perbuatan membuat live bakal memberikan kesan besar terhadap pembelajaran oleh seseorang murid termasuklah malu untuk bertanyakan soalan mahupun menjawab kerana akan ditonton oleh orang ramai menerusi media sosial. Maka, mereka akan terdorong untuk berdiam diri sahaja sewaktu sesi pembelajaran dijalankan.

Dalam masa yang sama, perkongsian live di dalam talian yang akan kekal selamanya juga akan memberi kesan terutamanya emosi kepada seseorang pelajar sekiranya ia menjadi bahan jenaka. Menteri Pendidikan turut sudah memaklumkan kepada guru-guru supaya mengelak berbuat sedemikian.

Seterusnya, mereka juga akan mengeluarkan pemakluman kepada guru berkenaan perincian berkaitan siaran langsung ketika mengajar. Di samping itu, Kesatuan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mengatakan penggunaan media sosial khususnya membuat siaran langsung ketika bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah.

Sementara itu, JPN Perlis dilaporkan bakal menggunakan pembayaran secara cashless di sekolah-sekolah negeri tersebut.

JPN Perlis Bakal Laksanakan Pembayaran Secara ‘Cashless’ Di Sekolah Bermula Akhir Tahun Ini

Pertama Di Dunia, Penggunaan Lencana QR Mudahkan Urusan Rekod Kehadiran Pelajar

Sumber
Exit mobile version