Sekiranya anda mengikuti kisah awal bagaimana syarikat Apple diasaskan serta mulai menawarkan produk awal mereka, pastinya anda cukup tahu di mana produk-produk tersebut dihasilkan sendiri oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Kedua-dua individu ini memain peranan penting dalam pembangunan Apple.

Terbaharu, menerusi acaran bidaan yang bakal berlangsung di California, komputer ikonik Apple iaitu Apple-1 berjaya dibida dengan harga sekitar $400,000 (~RM1.66 juta).

Sumber: NPR

Untuk pengetahuan, model Apple-1 edisi Chaffey College ini cuma dihasilkan sebanyak 200 unit dan merupakan hasil awal daripada gabungan ciptaan Steve Jobs dan Steve Wozniak sebelum syarikat mereka dikenali ramai.

Lebih menarik mengenai model yang ditawarkan pada kali ini, Apple-1 ini didatangkan dengan kayu khas yang dinamakan sebagai koa wood. Untuk pengetahuan, model seumpama ini yang masih lagi berfungsi pernah ditawarkan menerusi acara bidaan pada tahun 2014 dan berjaya terjual dengan harga sekitar $900,000 (~RM3.74 juta).

Minggu ini turut menyaksikan CEO Apple, Tim Cook mengakui mempunyai pegangan dalam kriptowang bagi tujuan pelaburan.

Tim Cook Akui Mempunyai Pegangan Dalam Kriptowang Bagi Tujuan Pelaburan

Bernilai Hampir RM24,000, Irfan Khairi Kongsi Model iPhone 13 Pro Max Yang Dijual Di Dubai

Sumber