Mula diperkenalkan seawal tahun pertama penubuhan jenamanya, siapa sangka Apple mampu berjaya menjadi antara syarikat teknologi paling bernilai selepas hampir empat dekad.
Antara barangan paling ikonik buat Apple sudah pastinya komputer pertama ciptaan mereka iaitu Apple 1. Lebih nostalgia, model ini dihasilkan sendiri oleh pengasas bersama Apple iaitu Steve Wozniak dan cuma ditawarkan sebanyak 200 unit.
Melalui acara lelongan baru-baru ini, dikatakan Apple 1 bersama aksesori yang tersedia berjaya dibida dengan harga mencecah $500,000 ($2.09 juta). Melihat kepada harga serta nostalgianya, harga bagi model ini mampu meningkat lagi pada masa akan datang.